ANAK-ANAK AHMAD JAAFAR AR-RAWI

ANAK-ANAK AHMAD JAAFAR AR-RAWI

Saturday, October 25, 2008

TUGAS SAYA PULIHKAN KEYAKINAN ORANG MELAYU TERHADAP UMNO!

TUGAS SAYA PULIHKAN KEYAKINAN
ORANG MELAYU TERHADAP UMNO!

KUANTAN – Tugas dan tanggungjawab saya di atas sokongan pemimpin Cawangan dan ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi adalah untuk memulihkan keyakinan orang-orang Melayu terhadap UMNO.

Itulah janji Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman semasa berucap merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Paya Besar di Dewan Kolej Islam Pahang (KIPSAS) pada 19 Oktober yng lalu.

Beliau menarik perhatian perwakilan dengan mengatakan bahawa orang-orang Melayu di kawasan Paya Besar terdiri daripada empat kelompok, dan setiap kelompok itu perlu didekati oleh pemimpin UMNO.

Kelompok pertama terdiri daripada orang-orang Melyu yang masih setia bersama UMNO walaupun apa akan jadi terhadap partai berkenaan, dan mereka mengharapkan pimpinan UMNO segera melakar perubahan supaya mereka selamat hidup di kawasan ini.

Kelompok kedua terdiri daripada orang Melayu yang mengundi pembangkang pada Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu atau ada yang tidak keluar mengundi, dan golongan ini terkejut atas tindakan mereka menyebabkan UMNO hampir tumbang.

Kelompok ketiga adalah orang Melayu yang mengundi Barisan Nasional (BN) tetapi kecewa dengan sikap pemimpin yang tidak mahu bertanggungjawab terhadap kekalahan partai malah menuding jari kepada orang lain yang cuba sabotaj partai.

Kelompok keempat pula terdiri daripada golongan muda professional dan berpelajaran tinggi yang mengatakan UMNO sudah tidak releven dalam memperjuangkan nasib masa depan orang-orang Melayu, dan mereka bosan dengan gelagat pengampu sesetengah pemimpin UMNO.

Jadi, jika para perwakilan yakin dan memberi kepercayaan kepada saya menjadi pemimpin di kawasan ini. walaupun saya bukan Wakil Rakyat dan Ahli Yang Berhormat, saya pasti mendapat kekuatan memulihkan keyakinan empat kelompok itu kepada UMNO dan BN.

Sementara itu, Ahmad Tajuddin berjaya mengekakan jawatan Ketua UMNO Bahagian Paya Besar meraih 196 undi menewaskan pencabarnya, Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail yang hanya mendapat 166 undi.

Dipetik dari Mingguan Watan
Bil.9, 26 Okt - 1 Nov 2008

AMBIL YANG JERNIH!

JANJI SHAHIRUDDIN ABD. MOIN:
AMBIL YANG JERNIH!

RAUB – “ Saya memohon maaf secara terbuka atas kesilapan yang mungkin telah saya lakukan selama 15 tahun mentadbir UMNO Bahagian Raub, dan selepas ini marilah kita mengambil yang jernih untuk membawa orang-orang Melayu Raub ke arah kemajuan politik yang cemerlang di masa depan.

“ Anggaplah Persidangan UMNO Bahagian Raub pada tahun ini sebagai mencorak perubahan, perselisihan pendapat dan ideologi peribadi dikuburkan dan kita sebagai pemmpin dan ahli-ahli UMNO akar umbi menganggap beberapa peristewa dalam tempoh setahun ini bagai carik-carik bulu ayam.

“ Selama setahun saya diasak dari kanan, kiri, atas dan bawah, ada menikam saya dari depan dan ramai juga menikam saya dari belakang, namun sebagai pemimpin UMNO, tanggunjawab saya untuk memulih kembali maruah UMNO yang tercalar selepas Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu, “ ucap Datuk Shahiruddin Abd. Moin.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan perasmian dalam Persidangan UMNO Bahagian Raub pada 18 Oktober 2008 yang diadakan di Dewan Jubli, Raub yang dihadiri oleh wakil-wakil dari 60 buah cawangan UMNO.

Menurut beliau, Pilihanraya Umum ke 12 telah mengajar orang-orang Melayu makna sebenar perpaduan bangsa dan berjanji akan mentadbir UMNO Bahagian Raub ke arah yang lebih cemerlang lagi. jika diberi peluang.

Katanya, perubahan akan dibuat selaras dengan pelbagai teguran yang diterima baik dari pimpinan UMNO cawangan–cawangan mahupun dari ahli-ahli UMNO akar umbi, .dan kita kembali bersatu selepas ini kerana jika berterusan bermusuhan, pihak pembangkang yang mendapat untungnya.

Sementara itu dalam pertandingan sengit merebut jawatan-jawatan penting, Shahiruddin berjaya mengekalkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Raub dengan meraih 163 undi menewaskan pencabarnya Datuk Mustaffar Kamal Abdul Hamid yang hanya mendapat 139 undi.

Setiausaha UMNO Bahagian Raub, Abdul Aziz Haji Kiram berjaya dipilih sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Raub apabila mendapat 181 undi menewaskan Datuk Abdullah Abu Bakar yang hanya mendapat 120 undi.

Dipetik dari Mingguan Watan
Bil.9, 26 Okt - 1 Nov 2008

KHAIRY JAMALUDDIN MELALUI JALAN BERDURI?

KETUA PEMUDA UMNO:
KHAIRY JAMALUDDIN MELALUI JALAN BERDURI?

KUANTAN – Nama Khairy Jamaluddin nampaknya kurang popular di Pahang bilamana 10 Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian telah selesai mengadakan Persidangan mereka masing-masing pada minggu lalu.

Hanya Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Raub, Rompin, Bera dan Jerantut telah mencalonkan Khairy manakala Pemuda UMNO Bahagian Cameron Highlands, Lipis, Bentong, Paya Besar dan Kuantan telah mencalon Mukriz Mahathir. Pemuda umno Bahagian Kuala Krau mencalonkan Mohd. Khir Toyo.

Antara sebab Khairy kurang popular kerana beliau didakwa hanya berlegar-legar sebagai pemimpin pemuda UMNO di awang-awangan dan tidak berjejak kaki bersama-sama dengan ahli-ahli pemuda di peringkat akar umbi.

Disamping itu Khairy dianggap bukan dari barisan yang melonjakkan Najib dan Muhyiddin di pucuk pimpinan UMNO membuatkan nama beliau semakin pudar, terutama bila Pemuda UMNO di Negeri Sembilan sendiri tidak sepenuhnya mencalonkan beliau sebagai Ketua Pemuda.

Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Temerloh, Megat Mohd. Asri Abdul Jalil yang akan bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Temerloh 2 November depan dan dicabar empat penjuru bersetuju dengan kenyataan di atas.

Kata Megat Mohd. Asri, pada peringkat awal beliau memang meminati gaya kepimpinan Khairy, tetapi kerana Khairy sejak akhir-akhir ini tidak menampakkan kredibliti kepimpinan yang dikehendaki golongan pemuda, mungkin Pemuda UMNO Temerloh tidak mencalonkan beliau.

Beliau memberitahu, janji-janji Khairy semasa berkempen merebut jawatan Naib Ketua Pemuda beberapa tahun yang lalu tidak pernah ditunaikan, malah beliau banyak memudarkan imej Pemuda UMNO semasa Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu.

Dipetik dari Mingguan Watan
Bil.9, 26 Okt - 1 Nov 2008

Friday, October 24, 2008

TENGKU AZLAN DITENTANG?

POLITIK MAIN TARIK TALI:
TENGKU AZLAN DITENTANG?

JERANTUT – Apakah kali ini ahli-ahli UMNO Jerantut masih mahu berketuakan ’orang luar’ dari Jerantut atau menobatkan seorang anak tempatan bagi memimpin mereka ke arah berdepan dengan asakan parti-parti pembangkang seperti PAS dan Partai Keadilan Rakyat (PKR) yang semakin diterima rakyat.

Siapakah pemimpin yang akan mereka pilih dapat ditentukan pada Persidangan UMNO Bahagian Jerantut Oktober depan dimana dijangka perpecahan kepada dua kumpulan pasti akan berlaku.

Ini terbukti bilamana Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar yang akan terus mempertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Jerantut telahpun memperolehi pencalonan dari 64 buah cawangan UMNO.

Manakala pencabar beliau, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut telah mnenerima 36 pencalonan dari cawangan-cawangan UMNO bila persidangan cawangan berakhir baru-baru ini.

Dalam kempen-kempen yang dilakukan oleh kumpulan Dr Ahmad Shukri, mendakwa Tengku Azlan adalah pemimpin ’import’, disamping kesal dengan sikap beliau menolak perlantikan sebagai Timbalan Menteri selepas Pilihanraya Umum ke 12 digembar-gemborkan.

Dipetik dari Mingguan Watan
Bil.7, 12 - 18 Okt 2008

JANGAN HERET ISTANA DALAM KANCAH POLITIK!

AMARAN TENGKU MAHKOTA PAHANG:
JANGAN HERET ISTANA DALAM KANCAH POLITIK!

RAUB – Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah memberi amaran kepada calon-calon UMNO di negeri ini yang akan bertanding pelbagai jawatan peringkat Bahagian pada bulan Oktober depan tidak mengheret istana dalam kancah politik mereka bagi mencari sokongan dalam pemilihan tersebut.

Baginda berkata, tindakan pihak tertentu yang cuba mengaitkan istana dalam pemilihan pelbagai jawatan dalam UMNO boleh mengeruhkan keadaan dan membuat ahli UMNO berada dalam keadaan serba salah untuk memilih pemimpin.

Tengku Abdullah berkata, mereka yang menawarkan diri bertanding jawatan dalam UMNO di peringkat Bahagian perlu bertindak waras dan bertanding atas kekuatan serta kewibawaan diri sendiri, bukannya mengaitkan istana untuk mendapatkan undi dan sokongan.

“Saya tidak nafikan terdapat pihak tertentu yang bertanding merebut jawatan dalam UMNO di negeri ini datang bertemu saya tetapi itu tidak bermakna saya memberi restu atau perkenan kepada mereka.

“Sehubungan itu, saya berharap mereka yang terlibat dapat bertanding secara sihat dan bukannya mendakwa dia mendapat restu istana dan si polan yang bertanding jawatan sama pula tidak digemari istana,'' kata baginda lagi selepas menghadiri perjumpaan dengan pemimpin tempatan, ahli politik, ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kakitangan kerajaan Daerah Raub di sini, baru-baru ini.

Dipetik dari Mingguan Watan
Bil.7, 12 - 18 Okt 2008

PERANG SARAF KUMPULAN ASAM ROM TELAH BERMULA?

PEREBUTAN JAWATAN DALAM UMNO RAUB:
PERANG SARAF KUMPULAN ASAM ROM TELAH BERMULA?

RAUB – Perang saraf telah bermula dalam usaha Kumpulan Asam Rom yang diketuai oleh Datuk Mustaffar Kamal Abdul Hamid bagi merebut jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran UMNO Bahagian Raub.

Buktinya, baru-baru ini UMNO Bahagin Raub difahamkan telah mengadakan Mesyuarat Khas UMNO Bahagian dan dalam mesyuarat berkenaan, laporan persidangan Puteri UMNO Raub gagal dibentangkan.

Keadaan ini menyebabkan beberapa orang ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Raub telah menegur Ketua Puteri berkenaan yang didakwanya teguran itu sebagai membuli menyebabkan maruahnya tercabar.

Dalam Sidang Media baru-baru ini yang diadakan oleh Ketua Puteri UMNO Bahagian Raub, Rosmiley Bontat mendawa bahawa beliau telah membuat laporan polis dan membuat aduan kepada UMNO Malaysia kerana tidak berpuashati tentang apa yang berlaku.

Dipetik dari Mingguan Watan
Bil.7, 12 - 18 Okt 2008

EMPAT SEPAKAT JATUHKAN AHMAD TAJUDDIN

EMPAT SEPAKAT JATUHKAN AHMAD TAJUDDIN
SEBAGAI KETUA UMNO BAHAGIAN PAYA BESAR?

KUANTAN – Zahirnya pakatan antara Ahli Parlimen Paya Besar, Dato Abd. Manan Ismail dengan tiga ADUN terdiri daripada Dato Md. Sohaimi Mat Shah (ADUN Sungai Lembing), Mohd. Zaili Besar (ADUN Panching) dan Mohd. Sohaimi Jusoh (ADUN Lepar) ke arah mengukuhkan perpaduan dalam UMNO bahagian berkenaan.

Tetapi menurut pemerhati politik bahawa pakatan itu untuk cuba menjatuhkan Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman dari kerusi Ketua UMNO Bahagian Paya Besar kerana mendakwa Ahmad Tajuddin telah memalukan Menteri Besar Pahang, Dato Seri Adnan Yaakub. berkait dengan isu penjualan tanah milik UMNO Pahang.

Kesan daripada isu penjualan tanah kepada sebuah syarikat milik bukan Melayu menyebabkan Ahmad Tajuddin meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Perhubungan UMNO Pahang dan berlaku cabar mencabar antara beliau dengan Adnan di dalam beberapa akhbar sekitar bulan Mei lalu.

Dan selepas semua cawangan UMNO dalam Bahagian Paya Besar mengadakan persidangan masing-masing, jelas didapati trend pencalonan Ketua UMNO Bahagian lebih tertumpu kepada Abdul Manan jika dibandingkan Ahmad Tajuddin. menyebabkan UMNO Paya Besar telah bergerak dalam dua kumpulan.

Dipetik dari Mingguan Watan
Bil.6, 28 Sep - 4 Okt 2008

Penggunaan Cyanide, Ramai Penduduk Merasa Bimbang!

Penggunaan Cyanide, Ramai Penduduk Merasa Bimbang!

RAUB - Penduduk di Bukit Koman tidak mahu mereka mengelami mimpi ngeri sebagaimana 300 warga Pulau Buyat, Indonesia akibat kesan dari penggunaan Cyanide di Lombong Emas Bukit Koman, dekat sini.

Warga Pulau Buyat, Indonesia bakal kehilangan nyawa disamping menderita pelbagai penyakit bila penggunaan Cyanide digunakan dalam memproses emas di lombong emas di pulau berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Menentang Penggunaan Cyanide Dalam Perlombongan Emas di Bukit Koman, Wong Kin Hoong berkata, mereka amat bimbang apabila menyedari kesannya menyebabkan penduduk akan kehilangan nyawa.

Menurutnya, penduduk di sini tidak mahu menjadi ‘Buyat Kedua’, dimana penderitaan yang bakal mereka hadapi seperti sesak nafas, kanser kulit serta tumor, ia pasti akan memberi gambaran ngeri kepada kami dan generasi masa depan di Bukit Koman

Dipetik dari Mingguan Watan
Bil. 6, 28 Sep - 4 Okt 2008