POLITIK MAIN TARIK TALI:
TENGKU AZLAN DITENTANG?
JERANTUT – Apakah kali ini ahli-ahli UMNO Jerantut masih mahu berketuakan ’orang luar’ dari Jerantut atau menobatkan seorang anak tempatan bagi memimpin mereka ke arah berdepan dengan asakan parti-parti pembangkang seperti PAS dan Partai Keadilan Rakyat (PKR) yang semakin diterima rakyat.
Siapakah pemimpin yang akan mereka pilih dapat ditentukan pada Persidangan UMNO Bahagian Jerantut Oktober depan dimana dijangka perpecahan kepada dua kumpulan pasti akan berlaku.
Ini terbukti bilamana Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar yang akan terus mempertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Jerantut telahpun memperolehi pencalonan dari 64 buah cawangan UMNO.
Manakala pencabar beliau, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut telah mnenerima 36 pencalonan dari cawangan-cawangan UMNO bila persidangan cawangan berakhir baru-baru ini.
Dalam kempen-kempen yang dilakukan oleh kumpulan Dr Ahmad Shukri, mendakwa Tengku Azlan adalah pemimpin ’import’, disamping kesal dengan sikap beliau menolak perlantikan sebagai Timbalan Menteri selepas Pilihanraya Umum ke 12 digembar-gemborkan.
Dipetik dari Mingguan Watan
Bil.7, 12 - 18 Okt 2008
No comments:
Post a Comment
KOMEN ANDA