ANAK-ANAK AHMAD JAAFAR AR-RAWI

ANAK-ANAK AHMAD JAAFAR AR-RAWI

Saturday, March 21, 2009

DI PAHANG: KHAIRY MASIH LEMAS?


DI PAHANG: KHAIRY MASIH LEMAS?

Populariti calon Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin semakin buram dalam perlumbaan menabur pengaruh dikalangan ‘G2 plus 1’ Pemuda UMNO Pahang dari 14 bahagian yang dilihat oleh pemerhati politik boleh diperbaiki tetapi sukar mengekalkan trend sokongan.

Antara isu yang diwar-warkan dikalangan tokoh-tokoh pemuda UMNO di Pahang antaranya, seorang Ketua Pemuda UMNO mesti amanah, berani dan bukan pakturut sehingga nanti mengorbankan dasar UMNO dan dianggap ‘lembik’.

Seorang Ketua Pemuda UMNO mesti seorang yang meletakkan kepentingan diri di barisan paling bawah dengan mengutamakan sahabat, musuh, rakan-rakan akrab pada setiap masa sehingga dalam masa yang singkat mampu membina legasi pengaruh yang digeruni sepertimana Ketua Pemuda UMNO yang terdahulu.

Dan seorang Ketua Pemuda UMNO mesti berusia lebih 40 tahun, telah masak dengan pengelaman politik, baik memiliki strategi pelbagai arah bagi menjadi penyerang terhadap musuh dan dalam masa yang sama menjadi benteng teguh mempertahankan pemimpin tertinggi UMNO dalam apa juga isu dan kedudukan.

Apakah Khairi memiliki ketiga-tiga isu yang diperkatakan itu, saya melihat isu pertama dan isu kedua memang sudah wujud dalam diri Khairi atas bakat semula ladi, pengaruh legasi keluarga dan beliau juga adalah penyandang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO.

Tetapi bagi isu ketiga, Khairi berhadapan dengan masalah besar pada peringkat ini, oleh itu saya berpendapat Khairi masih lemas bertarung pengaruh dengan dua calon lain yang sama-sama mencari, mengembang dan mengekalkan pengaruh masing-masing dikalangan Pemuda UMNO terutama di Pahang.

Rating trend sokongan yang diperlihatkan oleh kalangan ‘G2 Plus 1’ dari 14 Pemuda UMNO Bahagian di Pahang masih lagi menempatkan Khairi di tangga kedua dengan meraih sokongan sekitar 35 peratus.

Manakakala Datuk Seri Khir Toyo masih mendahului dengan 45 peratus dan seorang lagi calon Ketua Pemuda UMNO Muhkriz Mahathir hanya meraih 20 peratus menjadikan perlumbaan pengaruh di Pahang semakin rancak dan mendebarkan.

Difahamkan Khairi telah lebih dari sekali datang ke Pahang untuk menyatakan hasratnya dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO, begitu juga dua calon lain itu juga sentiasa menjenguk Pahang untuk mempastikan pengaruh masing-masing kekal menjelang hari pengundian kelak.

Ketika ini isu-isu politik bukan saja tumbuh bagai cendawan selepas hujan, malah banyak isu-isu politik lama yang dikitar semula dan mampu menjadi perhatian kepada kalangan ‘G2 Pluis 1’ Pemuda UMNO untuk menilai siapa yang mampu mweneruskan legasi Pemuda UMNO pada tahun-tahun akahn datang.

Ramai pemerhati juga berpendapat, Khairi sebenarnya adalah seorang ‘Tokoh UMNO’ dalam pembikinan dan masa untuk beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO bukan pada tahun ini, tetapi pada tahun 2011 ke atas.

Dalam memberi perhatian kepada isu-isu utama, Khairi sepatutnya mencetus isu baru dan cadangan penyelesaiannya yang terkini, terutama Isu Sultan Azlan Shah dengan kemelut politik Perak, isu Lompat Parti, isu Politik Wang dan isu kredibeliti dimana b ayang-bayang bapa mertua beliau masih menjadi perbualan di sana sini.

Saya melihat politik Pemuda UMNO untuk tempoh tiga tahun ke depan ini ialah bagaimana melayani berjuta-juta Pengundi Baru, apa aspirasi mereka, apa masalah mereka, soal pengangguran dikalangan mereka dan soal keselesaan menyara hidup.

Jika Khairi mampu mebutirkan formula bagaiamana hati budi Pengundi Baru ini dapat ditarik menjadi penyokong Kerajaan, saya percaya Khairi adalah orang yang sebenarnya layak ditabal dan dinobatkan sebagai Ketua Pemuda UMNO dalam pemuilihan pada akhir Mac 2009 nanti.

Akhirkata, bagi kalangan ‘G2 Plus 1’ Pemuda UMNO di Pahang, diperhatikan seorang lagi calon Ketua Pemuda UMNO, Khir Toyo yang menggenggam 45 peratus sokongan itu semakin mengukuhkan pengaruh beliau kerana ketiga-tiga persoalan yang disebutkan di atas mampu ditanggani oleh Khir Toyo dengan lebih bijaksana politik.

Ends.

Dipetik dari Mingguan Watan
Bil.26, 8 - 14 Mac 2009