ANAK-ANAK AHMAD JAAFAR AR-RAWI

ANAK-ANAK AHMAD JAAFAR AR-RAWI

Saturday, September 20, 2008

IDUL FITRI


IDUL FITRI

Arisel Ba


Setelah tiga puluh siang berlapar

Melewati lailatul-qadar redha bertasbih

Demi-Mu Rabbani Ya Allah

Ketika dahiku sujud di atas sajadah


Fajar Idul Fitri menjelma sudah

Mengutus suci hati takbir zikirullah

Melafaz doa bahagia diberkahi

Allah maha pengampun


Salam di Idul Fitri ke seluruh rantau, penuh pengharapan

Maaf Bermaafan zahir batin selangit persahabatan


Aku tetap di sini

Aku tetap di sini

Sedang menciumi bau syurga firdausi


Demi-Mu Rabbani Ya Allah

Ketika dahiku sujud di atas sajadah

Cahaya Idul Fitri menjelma sudah

Mengutus suci hati takbir zikirullah


1 Syawal 1429

DATO SHAHIRUDDIN DIJANGKA MENANG MUDAH?


DATO SHAHIRUDDIN DIJANGKA MENANG MUDAH?

RAUB – ADUN Dong, Dato Shahiruddin Abd. Moin dijangka dapat mengekalkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Raub pada Persidangan UMNO Bahagian berkenaan Oktober depan bila 41 dari 61 cawangan telah mencalonkan semula beliau dalam persidangan cawangan masing-masing berakhir baru-baru ini

Menurut beberapa pemerhati politik di sini memberitahu bahawa Shahiruddin sudah pasti menang mudah jika dikira dari jumlah perwakilan yang akan menghadiri persidangan UMNO Bahagian Raub kelak dari 41 cawangan yang solid menyokong beliau akan membawa 123 suara.

Pencabar beliau, Dato Mutaffar Kamal Abd. Hamid hanya mendapat 20 pencalonan dan jika dijelmakan sebagai undi perwakilan, beliau hanya akan menerima kira-kira 100 undi sebagaimana perkiraan di kertas.


Dipetik dari Mingguan Watan
Bil.5/2008 - 21 - 27 September 2008

PENEROKA LEMBAH KLAU TOLAK TAWARAN

PENEROKA LEMBAH KLAU TOLAK TAWARAN

RAUB – Nilai pampasan tanah ladang peneroka di Felda Lembah Klau yang terbabit dengan pembinaan Empangan Klau sekitar RM100,000 atau lebih sedikit sehektar ditolak kerana nilai itu hanya 30 peratus dari nilaian sebenar pihak konsultan.

Mingguan Watan difahamkan nilaian yang telah dibuat oleh konsultan yang dilantik oleh peneroka adalah bernilai RM360,000 bagi satu hektar jauh lebih tinggi daripada nilaian pampasan yang ditawarkan oleh Pentadbir Tanah Daerah Raub.

Peneroka, Kamarulzaman Mohd Yusof, 48 memberitahu, jumlah pampasan yang ditawarkan kepada mereka langsung tidak memikirkan masa depan mereka dan generasi seterusnya.

Katanya, kami perlu fikirkan nasib kami pada masa depan kerana kami boleh mendapat sehingga RM1.5 juta hasil dari kelapa sawit bagi tempoh 25 tahun akan datang..

Dipetik dari Mingguan Watan
Bil.5/2008 - 21 - 27 September 2008

Wednesday, September 17, 2008

UMNO RAUB BERGEGAR!:

UMNO RAUB BERGEGAR!: PERTARUNGAN PENGARUH ANTARA KUMPULAN ASAM BELIMBING DENGAN ASAM ROM

RAUB - Pertarungan pengaruh antara Kumpulan Asam Belimbing dengan Kumpulan Asam Rom mula menggegarkan kepimpinan beberapa tokoh dalam UMNO Bahagian Raub.

Ini jelas dapat dilihat apabila 57 buah cawangan UMNO telah selesai mengadakan persidangan masing-masing dimana berlaku pertandingan bila cawangan mahu menentukan tokoh mana yang akan menerajui UMNO Raub tiga tahun akan datang.

ADUN Dong, Dato Shaharuddin Abd. Moin dijangka dicabar dalam pertarungan satu lawan satu dimana beliau akan mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian dalam Persidangan UMNO Bahagian Raub tidak lama lagi.

Pencabar Shaharuddin adalah Dato Mustafakamal Abdul Hamid yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Raub dengan mewar-warkan beberapa isu yang mampu menggugat.

Dipetik dari Mingguan Watan
Bil.3/2008 - 7 - 13 September 2008

PERTARUNGAN SENGIT UMNO LIPIS?

PERTARUNGAN SENGIT UMNO LIPIS?

KUALA LIPIS – Sudah sah kini pertarungan sengit akan terjadi di UMNO Bahagian Lipis selepas 76 daripada 84 buah cawangan UMNO telah selesai mengadakan Persidangan Cawangan masing-masing.

Pertarungan sengit itu pasti akan berlaku antara Exco Kerajaan Negeri Pahang, Dato Mohd. Soffi Abdul Razak yang mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Lipis dengan ADUN Padang Tungku, Abdul Rahman Mohamad.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Lipis, Abdul Rahman telah berjaya mendapat sebanyak 41 pencalonan dan kebanyakannya dari kawasan DUN Padang Tungku manakala Dato Mohd. Soffi hanya mendapat 35 pencalonan.

Dipetik dari Mingguan Watan
Bil.3/2008 - 7 - 13 September 2008