ANAK-ANAK AHMAD JAAFAR AR-RAWI

ANAK-ANAK AHMAD JAAFAR AR-RAWI

Sunday, November 18, 2012

RAJA AHMAD ANAK DATUK BENDAHARA PUTIH TUAN TITAH KE-10: NENEK MOYANG KETURUNAN RAO PERSEMENDAAN DI RAUB ABAD KE-17



RAJA AHMAD ANAK DATUK BENDAHARA PUTIH
TUAN TITAH KE-10: NENEK MOYANG KETURUNAN
RAO PERSEMENDAAN DI RAUB ABAD KE-17

Oleh: Subari Ahmad Jaafar ar-Rawi, BCOMM (UPM),









ABSTRAK

            Makalah ini bertajuk “RAJA AHMAD ANAK DATUK BENDAHARA PUTIH TUAN TITAH KE-10: NENEK MOYANG KETURUNAN RAO PERSEMENDAAN DI RAUB ABAD KE-17. Kajian ini cuba menggunakan metode Pengisahan Sejarah yang tidak komparatif, tidak analisis kritis terhadap  kebenaran sejarah tokoh itu sendiri, kerana banyak masukan cerita lisan dari mulut ke mulut di samping merujuk kepada buku-buku dan Internet. Hasil pengisahan sejarah ini diharapkan akan memberikan gambaran tentang bagaimana peranan Raja Ahmad anak kepada Yamtuan Raja Pangkat 1 @ Datuk Bendahara Putih Tuan Titah Ke-10 @ Datuk Panglima Perak @ Tok Prak sebagai antara Tokoh Berketurunan Raja Pagarruyung yang penting dalam pembinaan tamadun bangsa Melayu abad ke-17 dalam menampilkan beliau sebagai antara pemula warisan orang-orang Rao Persemendaan (Rawa/Rawi) di Lembah Semantan Hulu, Raub dan Lembah Temau, Raub, Pahang di samping menyentuh mengenai kependekaran di dalam persilatan, kealiman dalam Agama Islam dan pakar dalam bertani, tabib, menangkap ikan sungai, makanan, kesenian dan adat berkampung di zamannya. Semoga tulisan awal ini akan menumbuhkan maklumat baru dan seterusnya dapat melengkapkan khazanah warisan Orang-orang Rao Persemendaan di Raub, Pahang.




( Dibentangkan di Seminar Tokoh-Tokoh Rao Raub, Pahang pada 25 November 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan Gali, Raub Pahang )





1.      PENDAHULUAN

            “ Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.” (QS.49:13)
            Apabila saya diminta oleh pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak Menyediakan Kertas Kerja Seminar untuk Seminar Memperkasakan Tokoh-Tokoh Rao dari Raub, Pahang. Saya sedikit terkedu, menarik nafas dalam-dalam dan kemudian menghantar rasa syukur saya ke hadirat Allah kerana kebetulan saya sedang mengusahakan pencarian jejak warisan seorang yang bergelar Raja Ahmad anak kepada Yamtuan Raja Pangkat 1 @ Datuk Bendahara Putih Tuan Titah Ke-10 dari Sungai Tarab, Pagarruyung, Sumatera yang berkelana ke Durian Sebatang, Teluk Intan Perak ketika berusia 42 tahun dan kemudian menyambung perkelanaan ke Gesing dan Sengkela dalam daerah Raub Pahang ketika usia 72 tahun.
            Sebaik tiba di Durian Sebatang, Teluk Intan, Perak, Raja Ahmad telah membuang gelaran Raja diawal namanya dan menggunakan nama Ahmad dalam berkomunikasi dengan masyarakat setempat sehinggalah pada tahun 1727 Masihi , beliau telah mendapat anugerah sebagai Datuk Panglima Perak. Raja Ahmad bukan sahaja seorang pendekar, pesilat yang handal malah seorang Ahli Tasawuf dan Pendakwah Islam yang berkaliber. Selama 30 tahun Raja Ahmad telah berbakti di Negeri Perak di bawah pemerintahan lima orang Sultan Perak iaitu Maulana Paduka Sri Tuanku Sultan 'Ala' ud-din Mughayat Ri'ayat Shah ibni al-Marhum Sultan Mansur Shah ( 1720 Masihi – 1728 Masihi ), Maulana Paduka Sri Tuanku Sultan Muzaffar Shah III Johan Berdaulat Per Alam Jalalu'llah ibni al-Marhum Sultan Mansur Shah ( 1728 Masihi – 1742 Masihi), Maulana Paduka Sri Tuanku Sultan Muhammad Shah Aminu'llah ibni al-Marhum Sultan Mansur Shah ( 1742 Masihi – 1750 Masihi ), Maulana Paduka Sri Tuanku Sultan Muzaffar Shah III Johan Berdaulat Per Alam Jalalu'llah ibni al-Marhum Sultan Mansur Shah ( 1750 Masihi – 1754 Masihi ) dan Maulana Paduka Sri Tuanku Sultan Iskandar Zulkarnain Inayat Shah Kaharu'llah Khalifat ur-Rahman Johan Berdaulat Zillu'llahi fil-Alam ibni al-Marhum Sultan Muhammad Shah Amaiu'llah ( 1754 Masihi – 1765 Masihi ).
            Kemudian Raja Ahmad mengambil keputusan untuk meninggalkan Durian Sebatang, Teluk Intan, Perak berhijrah ke Raub, Pahang melalui Hulu Sungai Slim tembus ke Hulu Sungai Lipis dan berkampung di Gesing dan Sengkela Raub sekitar tahun 1755 Masihi ketika berusia 72 tahun. Beliau sekali lagi menukar namanya dan meminta anak-anak dan cucu-cucunya memanggil Raja Ahmad sebagai Tok Prak. Semasa itu Negeri Pahang di bawah pemerintahan Bendahara Tun Abas (1722 Masihi – 1764 Masihi ) dari Johor. Raja Ahmad meninggal dunia di Sengkela, Raub dalam usia 102 tahun . Tok Prak di Gesing dan Sengkela, Raub, Pahang selama 30 tahun semasa Pahang diperintah oleh Bendahara Raja berpusat di Pekan, Pahang ialah Tun Abdul Majid bin Tun Hasan, Raja Bendahara I ( 1777 Masihi – 1802 Masihi )




2.      PUTERA DARI SUNGAI TARAB

            Diriwayatkan bahawa Yamtuan Raja Pangkat 1 @ Datuk Bendahara Putih Tuan Titah Ke-10 yang juga Orang Besar Anggota Dewan Besar Empat Balai Kerajaan Pagarruyung bergelar Tuan Titah Sungai Tarab yang merangkumi Gunung Merapi dan Gunung Singgalang di ranah Minangkabau, Sumatera berasal daripada keturunan Raja Pagarruyung dari jurai keturunan Yamtuan Raja Berkilap Alam @ Yamtuan Raja Gara @ Raja Bagewang 3 @ Datuk Bendahara Putih Ke-7 @ Sultan Alif Khalifatullah Fil Alam 1 telah memperoleh seorang putera sekitar tahun 1683 Masihi dan diberi nama Raja Ahmad.
            Daripada usia Raja Ahmad sehari hingga usia tujuh tahun, beliau telah dididik dengan penuh kasih sayang dan dikasihi oleh adik-beradik kandung dan adik-beradik tiri dan dibesarkan dalam suasana ‘Adat basandi syarak, syarak basandi kitabullah, Syarak mangato adat memakai’. Di atas hakikat itulah juga Raja Ahmad telah dihantar ke sekitar Tanah Datar untuk belajar persilatan dan Ilmu Dunia pada usia 10 tahun. Kemudiannya Raja Ahmad dihantar oleh ayahandanya ke sekitar Tanah Datar dan Agam untuk belajar Agama Islam sehingga beliau berusia 20 tahun dan berjaya menjadi seorang yang Al-Hafiz al-Quran di samping belajar Ilmu Saraf, Ilmu Nahu dan Ilmu Fikah, sehingga beliau mampu menghafal al-Quran termasuk tafsir menghurai maksud dan makna setiap ayat-ayat Al-Quran dan Hadis, bercakap bahasa Arab tepat dan lancar,  dan mendalami Ilmu Usuluddin dan Syariah.
            Apabila Raja Ahmad kembali semula ketika berusia 24 tahun pada tahun 1707 Masihi ke Sungai Tarab,             beliau telah dikahwinkan dengan seorang Puteri anak kepada Orang Besar Kerajaan Pagarruyung, malangnya saya masih menelusuri dan mencari maklumat akan nama Isteri Raja Ahmad dan anak-anaknya di Sungai Tarab itu, tetapi masih belum berjaya.
            Pada usia 40 tahun beliau mendalami Ilmu Agama terutama Ilmu Tasawuf di beberapa Madrasah Terekat di sekitar ranah Minangkabau di samping mengukuhkan lagi Ilmu Persilatan beliau kerana telah tertanam di sudut hati kecilnya, suatu hari nanti beliau akan meninggalkan ranah Minangkabau, meninggalkan tanah tumpah darahnya, berpisah dan bercerai kasih dengan isteri dan anak-anaknya untuk berkelana merantau jauh kerana tekanan pihak Belanda semakin menggila dengan bertindak menangkap dan membunuh anak-anak raja dan cucu-cucu raja yang lelaki ke arah menghapuskan Institusi Kesultanan Pagarruyung dan memudahkan pihak Belanda menjajah dan mentadbir Alam Minangkabau, Sumatera.

3.      MERANTAU KE PERAK

            Sekitar tahun 1725 Masihi, Raja Ahmad bersiap-siap melarikan diri dari kampung halamannya pada suatu tengah malam tanpa diketahui oleh sesiapa pun. Langkahnya langkah kanan pendekar dan merantau selepas penuh ilmu di dada dengan Ilmu Dunia dan Ilmu Akhirat, Ilmu Hakikat dan Ilmu Tarekat.  Anggapan buruk yang dilemparkan kepada beliau biarlah tinggal anggapan. Yang pastinya beliau berkelana tidak untuk menyebarkan kejahatan atau pun kesesatan di muka bumi kepulauan Melayu ini.
            Sebelum berkelana, Raja Ahmad ini yang sudah pun beristerikan seorang puteri dan beroleh beberapa orang zuriat di Sungai Tarab, Pagarruyung. Isteri dan anak-anaknya ditinggalkan dengan berat hati demi memenuhi seruan ghaib yang berkumandang di sanubarinya yang paling dalam. Sebagai teman, dibawanya seorang daripada “kemanakannya” (anak saudaranya) yang paling rapat dengannya bernama Raja Hitam, dan membuat janji, ‘biar pecah di perut, jangan pecah di mulut’. Raja Ahmad amat berhasrat untuk merantau mencari tuah untung di bumi orang.
            Melangkahlah Raja Ahmad berusia 42 tahun dan Raja Hitam berusia sekitar 20an dengan membawa bersama beberapa orang pengikut setia yang sanggup sehidup semati dengan mereka meninggalkan Sungai Tarab, Tanah Datar Pagarruyung membelah Banjaran Bukit Barisan yang megah itu sebelum turun ke Rantau Siak yang mana Kerajaan Siak baru beberapa tahun terdahulu didirikan oleh Yang Dipertuan Raja Kecil Siak di Buantan. Dari sana mereka menuju ke laut lepas meredah ombak Selat Melaka menuju ke Semenanjung Emas atau lebih sinonim dengan namanya yang terkemudian, Semenanjung Tanah Melayu.
            Setiba di Tanah Semenanjung Emas, mereka masuk melalui Kuala Sungai Perak dan tempat yang mula-mula dijejaki mereka ialah di Durian Sebatang, Teluk Intan dalam jajahan Hilir Perak, lalu berkampung dan menetap di situ.  Raja Ahmad telah menanggalkan gelaran ‘Raja’ di depan namanya dan meminta pengikut setia dan orang ramai di Durian Sebatang, Teluk Intan memanggil dengan nama Ahmad sahaja. Semasa itu, Perak diperintah oleh Raja Radin ibni Yang Dipertuan Muda Raja Mansur bergelar Maulana Paduka Sri Tuanku Sultan 'Ala' ud-din Mughayat Ri'ayat Shah ibni al-Marhum Sultan Mansur Shah ( 1720 Masihi – 1728 Masihi ). Di bumi Perak inilah Raja Ahmad dan Raja Hitam mula-mula mencuba nasib dan tuah badan untuk menilai apakah mereka akan serasi hidup di sana atau pun tidak.
            Kebetulan pada waktu itu, perairan Perak sering diganggu oleh lanun-lanun dan bajak laut yang ganas dan tidak berperikemanusiaan. Malangnya tidak ada walau seorang pun dari kalangan pembesar mahu pun hulubalang Perak yang mampu menangani ancaman lanun-lanun terbabit. Tidaklah diketahui bagaimana mula kisahnya, mungkin saja Raja Ahmad sendiri menawarkan diri kepada Sultan Perak atau para pembesarnya untuk membantu, tetapi yang pastinya Raja Ahmad dan Raja Hitam berserta para pengikut setia mereka telah berbakti kepada Kerajaan Perak dengan menewaskan lanun-lanun yang bermaharajalela berbekalkan ilmu persilatan dan kebatinan yang tinggi yang dibawa mereka semenjak dari Sungai Tarab, Pagarruyung lagi. Sebagai balasan di atas jasa beliau itu pada tahun 1727 Masihi, Raja Ahmad telah dikurniakan gelar kemuliaan “Panglima Perak” oleh Maulana Paduka Sri Tuanku Sultan 'Ala' ud-din Mughayat Ri'ayat Shah ibni al-Marhum Sultan Mansur Shah ( 1720 Masihi – 1728 Masihi ). Tidak ada diriwayatkan apakah beliau pernah diberi jajahan tertentu untuk diperintah sebagai orang besar di negeri Perak atau pun tidak.
            Mulai saat itu, pudarlah nama batang tubuhnya yang asal iaitu Raja Ahmad lalu melekatlah panggilan Panglima Perak atau Tok Perak sahaja dalam kalangan anak cucunya dan masyarakat sekeliling yang mengenalinya. Raja Hitam pula kemudiannya dikenali sebagai “Panglima Hitam” sahaja kerana mereka berdua beranak telah membuktikan kehandalan ilmu kepahlawanan mereka sebagai seorang pendekar Melayu yang tulen.
            Sekitar tahun 1728 Masihi, Raja Ahmad telah bertemu jodoh dengan seorang gadis yang berasal dari Sungkai, Perak dan bernama Nuriah berketurunan Rao. Maka dengan perkahwinan inilah bermulanya keturunan Rao Persemendaan. Perkahwinan Raja Ahmad dengan Nuriah ini, beliau telah dianugerahkan seramai enam orang anak iaitu Imam Abdullah Hashim @ Duhas, Akil, Anjang Mas Suka, Halipah, Barir dan Pudi. Anak-anaknya juga tidak diletakkan nama Raja di hadapan nama mereka. Beliau telah mendidik anak-anaknya sebagaimana ayahandanya mendidik beliau dengan ilmu dunia dan akhirat, ilmu persilatan dan ilmu agama Islam.
            Selama 30 tahun di Durian Sebatang, Teluk Intan, Perak, di samping tugas rasmi dengan Sultan sebagai Panglima Perak, Raja Ahmad telah meneroka tanah untuk bersawah padi dan menanam pokok buah-buahan. Beliau juga seorang pendulang emas dan bijih timah yang handal. Apabila anak-anaknya mula membesar, beliau telah difitnah dari Orang-orang Besar Perak dan beliau merasa amat dukacita dan mengambil keputusan untuk berhijrah. Raja Ahmad tidak tahu apa kawasan di sebalik Banjaran Titiwangsa yang nampak kejauhan dari Durian Sebatang, Teluk Intan, Perak tetapi tekad dan hasrat beliau itu telah di ceritakan kepada Raja Hitam dan pengikut-pengikut setianya. Lalu pada tahun 1755 Masihi, Raja Ahmad dan Raja Hitam bersama isteri dan anak-anak masing-masing dan dituruti oleh pengikut-pengikut setianya mula meredah hutan mudik menghala ke hulu melalui Sungai Perak, memasuki Sungai Bidor melalui Batang Padang, Tapah hingga sampai ke Hulu Slim dalam masa berbulan-bulan. Diriwayatkan mereka mudik menggunakan rakit yang diperbuat daripada buluh. Banyak dugaan dan cabaran yang diterima oleh Raja Ahmad dan rombongannya seperti serangan binatang buas seperti harimau, ular, gajah, beruang, penyengat, tebuan, lebah, kala jengking dan lain-lain. Orang Asli setempat juga ada yang menyerang mereka tetapi dapat ditangkap dan dijadikan hamba sahaya untuk dijadikan penunjuk arah jalan dan pemunggah barang-barang.

4.      BERHIJRAH KE PAHANG

            Daripada cerita-cerita lisan di kalangan Orang Asli yang ditemui sepanjang pengembaraan Raja Ahmad ini, tahulah ia bahawa di sebalik Banjaran Titiwangsa menuju ke Hulu Sungai Lipis dan menghilir ke Lembah Semantan Hulu itu telah pun diduduki oleh kelompok perantau dari Alam Minangkabau sejak 200 tahun lagi. Maka amat besar hati beliau untuk terus mengembara mencari penempatan yang baru bagi beliau, isteri, anak-anak dan pengikut-pengikut setianya berkampung.
            Laluan yang diikuti mereka sama saja dengan laluan yang diikuti oleh para perantau dan orang-orang berdagang dari Sumatera yang ingin ke Hulu Pahang sebelumnya mahupun pada zaman selepas Raja menyusuri laluan Sungai Perak - Sungai Bidor,Tapah hingga ke Hulu Slim sehingga tembus ke Hulu Sungai Lipis di dalam daerah Raub, Pahang. Pada masa itu, yang memerintah Negeri Pahang ialah Bendahara Seri Maharaja Tun Abas (1722 Masihi-1764 Masihi) ibni Bendahara Paduka Raja @ Sultan Abdul Jalil Riayat Syah 4 (1699 Masihi-1718 Masihi).
            Setiba di kawasan yang bernama Kela, Hulu Sungai, Raub rombongan Raja Ahmad membuat penempatan sementara kerana beliau sedang meninjau dan mendapat restu Para Pembesar di Hulu Pahang dan siapakah yang patut beliau temui bagi memohon keizinan untuk membuka kampung mengikut istiadat Melayu dahulukala. Setelah mengetahui “siapa Para Pembesar yang berkuasa” di Hulu Pahang, Raja Ahmad yang sekali lagi menukar namanya kepada Tok Prak dalam usia beliau 72 tahun telah pergi melakukan kunjungan hormat ke Bukit Kota dengan menghilir Sungai Lipis kemudian mudik di Sungai Jelai ke Bukit Kota, Bukit Betong, Lipis di mana terletak Pusat Pemerintahan Seri Maharaja Perbal Jelai Wan Muhamad bin Wan Ismail.  Seri Maharaja Perba Jelai adalah salah seorang daripada Orang Besar Berempat Pahang yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran di rantau Hulu Pahang yang sangat luas itu.
            Selesai menghadap Seri Maharaja Perba Jelai di Bukit Kota, barulah Raja Ahmad menghilir pula menuju ke Kampung Terap, Budu untuk melakukan kunjungan hormat terhadap Tok Kaya Chandak, Orang Besar Berlapan Pahang bergelar Orang Kaya Setia Wangsa Lipis yang kedudukannya setingkat di bawah Seri Maharaja Perba Jelai. Kampung Terap adalah perkampungan Melayu yang boleh dikatakan antara yang paling tua di Hulu Pahang dan telah pun wujud semenjak abad ke-16 lagi. Di sinilah Tok Kaya Chandak berkampung halaman sebelum pusat pemerintahan Tok Kaya Lipis ini dialihkan oleh pewaris seterusnya ke Penjom.
            Diriwayatkan bahawa Kampung Terap dalam meniti usianya sebagai kampung yang tua dan besar merupakan “kawah pelakuran pelbagai rumpun bangsa Melayu”, kerana penduduk awalnya dikatakan datang dari Kerajaan Melayu Melaka seawal tahun 1500 Masihi sebelum disambung pula oleh bangsawan Minangkabau pada penghujung abad yang sama dan berlarutan hingga abad ke-17 dan 18.
            Setelah Raja Ahmad @ Tok Prak mendapatkan keizinan dari kedua-dua Pembesar yang menguasai tanah Hulu Pahang untuk membuka kampung dan sawah ladang di mana-mana cabang anak Sungai Lipis yang masih belum ditandai oleh orang lain. Lalu beliau bergegas mudik semula ke Hulu Sungai di mana rombongannya berkampung sementara di Kela. Perhatiannya kini tertumpu ke arah kawasan Lembah Semantan Hulu dan sekitarnya yang masih padat dengan hutan rimba tetapi tanahnya yang subur menjanjikan suatu masa depan yang cerah bagi anak cucunya di kemudian hari. Tambahan pula pada masa yang sama terdapat juga kelompok keluarga Tok Kaya Chandak sendiri, atau lebih jelas lagi dari keturunan Tok Kaya Ibrahim yang juga sedang giat mencari tanah-tanah baru untuk dibuka (di sekitar Kampung Sega Tua yang kini telah sepi ditinggalkan orang) yang betul-betul bersempadan dengan kawasan yang menjadi sasaran Raja Ahmad @ Tok Prak tersebut. Kelompok keluarga Tok Kaya Ibrahim yang juga keluarga Tok Keli (Orang Besar 16 Pahang di Sega) ini kemudiannya berhasil membuka perkampungan baru di sempadan Sega-Semantan Hulu yang diberi nama Kampung Pasir Purun.
            Dengan sukacitanya pengikut-pengikut Raja Ahmad @ Tok Prak mula mengatur langkah menghilir Sungai Lipis menuju ke Semantan Hulu dan berkampung sementara di situ. Di Semantan Hulu itulah Tok Prak, Raja Hitam dan lain-lainnya dengan berbekalkan beliung kapak menebang menebas hutan rimba yang subur menghijau di sepanjang aliran Sungai Lipis hinggalah berkembang melahirkan Kampung Sengkela (sekarang dalam Mukim Sega) dan Kampung Gesing (sekarang dalam Mukim Semantan Hulu). Di samping itu mereka juga mendapat tenaga tambahan dari sebilangan Orang Asli yang pada waktu itu agak ramai menghuni kawasan sekitarnya secara berpindah-randah.

            Di sini jugalah sekitar tahun 1756 Masihi, Tok Prak yang berusia 73 tahun beroleh isterinya yang kedua bernama Mikrah iaitu anak jati Kampung Terap, Budu,  yang juga masih berketurunan Datuk Kaya Ibrahim Terap, Budu, Lipis. Jurai keturunan Tok Mikrah ini ialah Tok Mikrah anak Tok Kaya Busu anak Tok Kaya Chandak anak Tok Kaya Ibrahim yang bernikah dengan Tok Di Padang anak Hang Semaun anak Hang Tuah. Bermula dari sinilah terjalinnya ikatan kekerabatan yang amat dekat lagi meluas dalam kalangan penduduk Hulu Pahang yang bertebaran di semua mukim dan kampung-kampung dalam daerah Raub dan Lipis bahkan merebak hingga ke Jerantut dan Temerloh melalui ikatan perkahwinan generasi terkemudian.
            daripada perkahwinan ini Raja Ahmad @ Tok Prak beroleh tiga orang anak iaitu Pandak Lena,  Fatimah dan Kulop Mat Daham. Melalui perkahwinan pertamanya dengan Tok Nuriah dahulu, mereka beroleh enam orang anak yang dapat dikesan iaitu Imam Abdullah Hashim @ Duhas, Tok Akil, Tok Barir, Halipah, Anjang Mas Suka dan Tok Pudi.
            Selama 30 tahun menetap di Durian Sebatang, Teluk Intan, Perak, sedikit-sebanyak budaya tempatan di sana melekat juga pada diri Tok Prak dan pengikut-pengikut setianya dan ini dapat dilihat pada nama sebahagian anak-anaknya yang jelas berbau 'kePerakan' seperti Kulop Mat Daham, dan Pandak Lena walaupun bukan semua dari kalangan anak-anaknya itu dilahirkan di Perak.
            Serentak dengan mula membina rumah-rumah yang teguh dan tahan lama dari kayu-kayu cengal, meranti, damar, jelutung dan nyatuh oleh Tok Prak, Raja Hitam, anak-anaknya yang dilahirkan di Perak semakin dewasa serta pengikut-pengikutnya, surau juga dibina. Pembinaan surau iaitu sebuah di Sengkela dan sebuah lagi di Gesing. Pembinaan surau ini di tepi tebing Sungai Lipis kerana mudah bagi menyucikan diri untuk beribadat. Tok Prak bertindak menjadi guru agama Islam bagaikan Syeikh Mursyid bagi kedua-dua surau berkenaan dengan mengajar anak-anak buahnya mengaji Al-Quran, Ilmu Hadis, Ilmu Saraf, Ilmu Nahu hingga kepada Ilmu Tasawuf.
            Dalam tempoh beberapa tahun sahaja maka terkenallah Tok Prak ini sebagai Guru Agama Islam Berkaliber dan disegani bertaraf seorang ‘Syeikh Mursyid ’ dan ‘Ulama’ dan melenyapkan daripada pengetahuan orang banyak bahawa beliau juga pernah menjawat jawatan Datuk Panglima Perak semasa menetap di Durian Sebatang, Teluk Intan, Perak. Orang banyak baik di Sega Tua, Budu, Terap, Penjom, Pasir Mas, Kechau, Telang, Bukit Betong, Bukit Kota, Kerambit, Mela, Tembeling, Kuala Semantan hingga ke Bukit Segumpal, Chenor selalu menjemput Tok Prak untuk menyampaikan Ilmu Agama Islam yang dimiliki beliau.
            Semasa pengembaraan Tok Prak dalam usia 77 tahun di Bukit Segumpal, pada tahun 1760 Masihi beliau berkahwin dengan seorang perempuan tempatan dan memperoleh seorang anak perempuan yang diberi nama Mas Kuntum. Saya tidak dapat mengetahui nama sebenar isteri ketiga Tok Prak ini, tapi ada riwayat yang menceritakan bahawa nama ibu kepada Mas Kuntum itu dipanggil Ibu Kuntum sahaja. Tidak banyak kisah yang dapat diketahui kecuali Tok Prak menjadi Guru Tarekat di Bukit Segumpal itu.
            Setelah merasa anak muridnya semakin ramai di Bukit Segumpal dan Chenor, Tok Prak pun berangkat semula menuju hulu untuk kembali ke Gesing dan Sengkela sekitar tahun 1762 Masihi. Dalam perjalanan mudik itu Tok Prak telah diminta oleh orang-orang di Kerambit untuk mengajar Agama Islam dan beliau tidak menolak. Di Kerambit ini beliau telah berkahwin dengan seorang perempuan tempatan sehingga memperoleh dua orang anak, seorang lelaki diberi nama Uban dan seorang perempuan yang tidak diketahui namanya.

            Apabila Tok Prak merasa semakin goyah untuk berjalan dan semakin tua, sekitar tahun 1763 beliau pun kembali ke Gesing pada usia beliau 80 tahun. Isteri pertamanya Tok Nuriah telah lama meninggal dan yang masih ada bersama beliau ialah Tok Mikrah. Manakala isteri ketika yang dinikahi di Bukit Segumpal dan isteri keempat yang dinikahi di Kerambit ditinggalkan di tempat-tempat berkenaan.
            Pada tahun 1774 Tok Prak yang ketika itu sudah berusia 91 tahun telah dijemput oleh orang-orang Tok Pulau Manis untuk mengajar Agama Islam di kawasan Pulau Manis dan sekitarnya hingga ke Kuala Chini di sebelah hulu Sungai Pahang dan hingga ke hilir ke Pulau Rusa dan Ganchong, Pekan. Apabila dilihat oleh Tok Pulau Manis bahawa Tok Prak sentiasa uzur, tetapi masih dapat melihat, masih boleh mengajar Cuma bila hendak bergerak perlu dipapah oleh pembantu telah mengambil keputusan untuk menikahkan Tok Prak dengan Safiah. Dengan harapan Safiah dapat menjaga makan minum, pakai memakai dan kesihatan Tok Prak selama berada di Pulau Manis. Hasil daripada perkahwinan kali kelima ini, Tok Prak telah memperoleh seorang anak perempuan dan diberi nama Halimah. Diriwayatkan semasa Tok Prak meninggal dunia, usia Halimah baru 10 tahun.
            Pada ketika ini Pahang di bawah pemerintahan Bendahara Raja berpusat di Pekan, Pahang ialah Tun Abdul Majid bin Tun Hasan, Raja Bendahara I ( 1777 Masihi – 1802 Masihi )

            Akhirnya setelah ramai murid yang diajar oleh Tok Prak bukan sahaja dalam bidang Agama Islam, malah dalam Ilmu Persilatan, maka pada tahun 1783 ketika berusia 100 tahun telah bergerak kembali semua ke Gesing dan Sengkela dengan diiringi oleh isteri muda beliau yang bernama Safiah bersama anaknya Halimah. Di Sengkela, Tok Prak telah meminta pengikut-pengikutnya membina rumah untuk beliau dan Safiah bersama anaknya Halimah tinggal sehinggalah Tok Prak menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika berusia 102 tahun semasa Negeri Pahang di bawah pemerintahan Bendahara Raja berpusat di Pekan, Pahang ialah Tun Abdul Majid bin Tun Hasan, Raja Bendahara I ( 1777 Masihi – 1802 Masihi ).
            Kata-kata yang selalu disebut oleh Tok Prak kepada anak muridnya antara lain ialah: ”Sesiapa yang hanya bertasawuf tanpa fiqah, maka zindik lah akan dia. Sesiapa yang hanya berfiqah tanpa tasawuf, maka fasiq lah akan dia. Maka, sesiapa yang menghimpunkan kedua-duanya; maka sesungguhnya tahkik lah akan dia”. Dan diikuti oleh kata-kata: “Kemudian sukalah (Rasulullah saw) kepada al-Khola’ yang bermaksud bertekun atau bersungguh-sungguh bersemadi seorang diri”. Perkataan al-Khola’ di dalam lafaz hadis ini ialah al-Khalwat yang mempunyai makna tersembunyi, iaitu bersungguh-sungguh mengosongkan hati selain berhadap kepada al-Khaliq semata-mata
            Tok Prak disemadikan di Sengkela, Raub dengan meninggalkan seramai 16 orang anak, ratusan cucu dan ribuan cicit di kemudian hari dan mereka menyebarluaskan darah warisan keturunan Rao melalui proses persemendaan hingga kini.

5.      KATA PENUTUP

            Setelah lebih kurang 30 tahun mengerah tulang empat kerat membuka hutan rimba untuk dibuat kampung dan sawah ladang, pada tahun 1785 iaitu pada zaman pemerintahan Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Majid (1770 Masihi-1802 Masihi) ibni Bendahara Seri Maharaja Tun Abas, Raja Ahmad @ Tok Prak telah kembali ke rahmatullah dalam usia 102 tahun dan dikebumikan di perkuburan zaman yang kini dinamakan “Bukit Baru” yang terletak di belakang rumah Allahyarham Tok Empat Mohamed bin Imam Kundor, Sengkela. Di sini jugalah bersemadinya jasad Tok Unus (menantu cucu beliau) yang datang dari Kampung Machang Gelap, Chenor, Haji Abdul Latif @ Haji Mahkota Kerinchi (juga menantu cucu beliau), Haji Abdul Manan Rawa yang berasal dari Lansat Kadek, Rao Mapattunggul, Pasaman, Raja Hitam @ Panglima Hitam dan ramai lagi Perantau Rao dari Alam Minangkabau, Sumatera yang tidak tersenarai namanya dalam catatan riwayat.
            Seorang daripada anak Tok Prak, Tok Imam Abdullah Hashim @ Tok Duhas bertemu jodoh dengan perempuan dari Kampung Terap, Budu dan di Kampung Terap jugalah beliau berkampung halaman, berbakti sebagai imam masjid di sana sehingga ke zaman pemerintahan Tok Kaya Busu bin Tok Kaya Chandak. Beliau beroleh 5 orang anak dan cucu-cicitnya berkembang-biak dari Budu hingga ke Hulu Dong, Tualang Padang, Pintu Padang, Tanjung Besar, Mukim Dong dan Mukim Gali.
Menjelang abad ke-18 Masihi dan 19 Masihi berturut-turutlah rantau Hulu Pahang, terutamanya di Budu, Lipis melimpah hingga ke Semantan Hulu, Sengkela, Gesing, Dong dan Gali (Gali Hilir hingga ke Hulu Gali didatangi oleh anak-anak raja serta kaum bangsawan dari Pagarruyung, Kampar dan Rao Mapattunggul kerana melarikan diri dari kemelut perjuangan menentang penjajah Belanda di Pulau Perca (Sumatera) semasa era Perang Paderi yang dipelopori oleh Tuanku Rao dan Imam Bonjol.
            Melihat situasi yang unik ini, saya beranggapan bahawa kedatangan para bangsawan dan anak-anak raja Pagarruyung serta Rao peringkat kemudian ini ibarat menyusul jejak yang telah ditinggalkan oleh Raja Ahmad @ Tok Prak sebelumnya, kerana pada hakikatnya mereka sama-sama berasal dari jalur keturunan yang satu, iaitu kaum keluarga raja-raja di Pagarruyung dan Rao atau pun dari wilayah yang mempunyai kaitan secara langsung dengan Pagarruyung. Bahkan mereka juga berasal daripada rumpun bangsa yang satu, iaitu rumpun Melayu Minangkabau.
            Oleh itu saya merumuskan dan mengisytiharkan bahawa Raja Ahmad anak kepada Yamtuan Raja Pangkat 1 @ Datuk Bendahara Putih Tuan Titah Ke-10 @ Panglima Perak @ Tok Prak merupakan seorang Tokoh Rao Persemendaan yang bukan sahaja menjadi nenek moyang kepada orang-orang Rao Persemendaan di daerah Raub malah di daerah Lipis, Maran dan Pekan. Beliau bukan saja memiliki ketokohan dalam persilatan dan peperangan, malah kealiman beliau dalam Agama Islam bagaikan Syeikh Mursyid menjadikan beliau mempunyai ramai anak muridnya sepanjang Sungai Pahang, Sungai Jelai, Sungai Lipis dan Sungai Kechau. Marilah kita sama-sama sedekah Al-Fatihah kepada Raja Ahmad @ Panglima Perak @ Tok Prak.
            Sekian siri pengisahan pada kali ini dengan merakam, menulis daripada cerita-cerita lisan dari mulut ke mulut di samping merujuk kepada buku-buku dan Internet. Hasil pengisahan sejarah ini diharapkan akan memberikan gambaran tentang bagaimana peranan Raja Ahmad anak kepada Yamtuan Raja Pangkat 1 @ Datuk Bendahara Putih Tuan Titah Ke-10 @ Datuk Panglima Perak @ Tok Prak sebagai antara Tokoh Rao Persemendaan yang penting dalam pembinaan tamadun bangsa Melayu abad ke-17 dalam menampilkan beliau sebagai antara pemula warisan Orang-orang Rao Persemendaan di Lembah Semantan Hulu, Raub dan Lembah Temau, Raub, Pahang di samping menyentuh mengenai kependekaran di dalam persilatan, kealiman dalam Agama Islam dan pakar dalam bertani, tabib, menangkap ikan sungai, makanan, kesenian dan adat berkampung di zamannya. Semoga tulisan awal ini akan menumbuhkan maklumat baru dan seterusnya dapat melengkapkan khazanah warisan Orang-orang Rao di Raub, Pahang.

Tamat.

DAFTAR PUSTAKA

Al-Imam Ali Al-Qari, Kitab Ain Al-Ilmu Wa Zain Al-Hilm (Vol. I), Hlm. 33. (Kata-kata Imam Malik ra yang dipetik )

Amirul Mukminin Hadith, Al-Imam Ahmad bin Ali bin Hajar Al-‘Asqolani Asy-Syafii (772H–852H), Kitab Fathu al-Bari Syarah Sahih Al-Bukhari, (Vol. 1), Hlm. 22-23. Inilah asal khalwat yang disebut orang zaman sekarang ini sebagai suluk.

Al-Imam Al-’Alim Abu Qasim Abdul Karim bin Hawazan Al-Qusyairy, Kitab Risalah al-Qusyairiyah, Hlm. 43

Datoek Toeah. 1976. Tambo Alam Minangkabau. Pustaka Indonesia. Bukit Tinggi.

Graves, E. E. 2007. Asal-usul Elite Minangkabau Modern. Yayasan Obor Indonesia. Jakarta.

Hall, D. G. E. tanpa tahun. Sejarah Asia Tenggara. Usaha Nasional. Surabaya.

Marsden, W. 2008. Sejarah Sumatra. Komunitas Bambu. Depok.

Kardiyat Wiharyanto (2005) Asia Tenggara Zaman Pranasionalisme. Jogjakarta: Universitas Sanata Dharma.

Muhammad Bukhari Lubis, Mohd. Rosli Saludin, Talib Samat (2009), Rao Di Sana Sini, Jaro Malaysia.

Muhammad Yusof Hashim, Aruna Gopinath ( 1992), Tradisi Persejarahan Pahang Darul Makmur 1800 – 1930, Tempo Publishing

Buyung Adil (1972), Sejarah Pahang, DBP

Haji Ishak Muhd. Arif (1908 – 1992), Riwayatul-Temmaui (Catatan Dalam Tulisan Jawi mengenai Salasilah Keturunan Kulawarga Tok Prak  di Raub, Pahang.

Hamka (1974) Antara Fakta dan Khayal Tuanku Rao: Bantahan Terhadap tulisan Ir Onggan Parlindungan dalam bukunya Tuanku Rao. Jakarta: Bulan Bintang

_____ (2007) Tasauf Modern. Jakarta: Pustaka Panjimas

Hasmah Haji Omar (2005) Sama Serumpun. Tanjung malim: UPSI

Hasyim Awang (1998) Rumpun Melayu Dispora dalam konteks hubungan Ras. Kuala Lumpur: Universiti Malaya

Khazin Mohd Tamrin dalam DInamika Adat dan Tradisi Merantau di Alam Melayu dalam adat Melayu serumpun. Kuala Lumpur: Universiti Malaya

M. Rajab (1976) Perang Paderi. Jakarta: Bulan Bintang

M. Solihin (2005) Melacak pemikiran Tasawuf di Nusantara. Jakarta: Rajawali Pers

Mahmud Yunus, (1996) Sejarah Pendidikan Islam di Indonesia. Jakarta: Hidakarya Agung

Undri, (2008) Pusat Dokumentasi Informasi Sejarah-Budaya BPSNT Padang. Padang Ekspres
_____ (2004) Konflik Lahan Perkebunan 1930-1960. Padang: Lipi

Wan Moh. Shagir Abdullah (2001) Penyebaran Islam dan Silsilah Ulama Sehagat Dunia Melayu. Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah

Wan Moh. Shagir Abdullah (2004) Wawasan Pemikiran Islam Ulama Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah

Zaffuan Haji Manaf (2007) Bingkisan Sejarah Raub: Rao Dan Pagaruyung Dengan Raub dan Pahang. Kuala Lumpur: Anjung Media Resources

Zuriati (2007) Undang-undang Minangkabau Dalam Perspektif Ulama Sufi. Padang: Unand

Zabidin Haji Ismail (2012), Biografi Tokoh Rao, Persatuan Karyawan Perak

Wikipedia. Ensiklopedi Bebas. http://wikipedia.org.


Blog Urang Rao Raub: http://orangrawa.blogspot.com




BIODATA SUBARI AHMAD JAAFAR AR-RAWI

Subari bin Ahmad bin Jaafar Ar-Rawi atau lebih dikenali dengan nama penanya Arisel BA dilahirkan pada 11 Ogos 1953 di Ladang Selborne, Kuala Lipis, Pahang. Ayahnya Ahmad ( keturunan Rawa/Banjar) berasal dari Kg Sungai Ruyung, Gali, Raub Pahang, manakala ibunya Kamsah ( berketurunan Rao/Jawa ) berasal dari Kg Temau, Raub, Pahang. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah dari Sekolah Clifford, Kuala Lipis, Pahang.  Beliau antara Graduan Siri Pertama Pembelajaran Dalam Talian (Internet) Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) bermula tahun 1999 dan dianugerahkan dengan Bacelor Komunikasi. Beliau kini telah bersara dari Perkhidmatan Kerajaan dan menumpu sepenuh masa membuat kaji selidik dan menulis perihal asal usul dan budaya masyarakat Rao di Raub. Di samping itu beliau menulis sajak, cerpen, rencana dan novel. Menjadi ahli Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Pahang, ahli JARO Malaysia, Subari juga pernah menjadi Setiausaha Agung Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) selama 10 tahun (1983-1993) dan Setiausaha Hari Sastera 1987. Kini beliau sebagai Pegawai Seranta DPMP di samping menganggotai PENA sejak 1972 sebagai ahli biasa.

MAKANAN DAN KESENIAN TRADISIONAL ORANG-ORANG RAO DI RAUB, PAHANG





MAKANAN DAN KESENIAN TRADISIONAL
ORANG-ORANG RAO DI RAUB, PAHANG

Oleh: Subari Ahmad Jaafar ar-Rawi, BCOMM (UPM),








ABSTRAK
Makalah ini bertajuk “MAKANAN DAN KESENIAN TRADISIONAL ORANG-ORANG RAO DI RAUB, PAHANG”. Tulisan secara semi akademik ini cuba menggunakan metode Perbandingan antara jenis-jenis makanan tradisional Rao dan jenis-jenis kesenian Rao yang masih wujud di Rao, Sumatera Barat dan di daerah Raub, Pahang. Diharapkan supaya tulisan ini sebagai pembuka jalan ke arah pihak-pihak yang berminat terutama anak-anak Raub berketurunan Rao Persemendaan dapat meneruskan usaha kaji selidik perihal makanan dan kesenian orang-orang Rao. Misalnya dari segi makanan membabitkan Baulu Cermai, Kelamai, Dodoi Kukus, Gulai Rebus, Gulai Darat, Gulai Keladi Kemahang, Gulai Nangka, Gulai Pisang Muda, Gulai Umbut Kabung dan lain-lain, manakala kesenian pula ialah Tari Piring, Tari Lukah, Tari Pedang, Tari Tandak, Silat Pulut, Ratib Tegak dan lain-lain yang hanya menggunakan peralatan bunyi-bunyian seperti tetawak, gendang ibu, gendang anak, rebana, seruling, akordion dan biola.







( Dibentangkan di Seminar Tokoh-Tokoh Rao Raub, Pahang pada 25 November 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan Gali, Raub Pahang )








PENDAHULUAN

            Memerihalkan mengenai Raub, Masyarakat Rao yang mendominasinya dan menampilkan pelbagai jenis Makanan Tradisional Rao dan Kesenian Tradisional Rao yang telah di bawa oleh nenek moyang mereka sejak abad ke 15 lagi ( merujuk kepada Institusi Seri Maharaja Perba Jelai yang memerintah Hulu Pahang pada awalnya berpusat di Budu, Penjom dan kemudian berpindah ke Bukit Kota, Bukit Betong, Kuala Lipis yang asal keturunan dari Pagarruyung. Mereka telah datang ke Hulu Pahang sekitar tahun 1591 Masihi. Nama kampung asal Seri Maharaja Perba Jelai di Pagarruyung ialah Titi Kabung Pagar Teras ) iaitu dari Ranah Minangkabau, Sumatera bukan satu kerja penulisan yang mudah kerana ia memerlukan kaji selidik di lapangan di samping merakam temu bual pelbagai sikap kedudukan setiap orang yang perlu ditemui. Oleh itu bagi kegunaan Seminar ini saya mengambil jalan tengah iaitu dengan membuat perbandingan setiap jenis makanan tradisional dan kesenian tradisional Rao itu yang telah diamalkan sejak abad ke-2 lagi hingga ke masa ini di Rao, Sumatera Barat ( kini dikenali sebagai Kabupaten Pasaman yang menjadikan Lubuk Sikaping sebagai Pusat Pentadbirannya).. Perlu disebutkan di sini bahawa ada petunjuk yang jelas bahawa orang-orang Rao dari Bukit Barisan, Sumatera itu telah pun diriwayatkan berkelana ke Semenanjung Emas ini sejak abad ke-5 lagi.

ASAL USUL NAMA RAUB

            Terdapat beberapa versi mengenai asal usul nama Raub. Perkataan Raub dalam Bahasa Melayu bermaksud ‘genggam’. Mengikut sejarah, pusat perlombongan ini dinamakan Raub selepas pelombong-pelombong menjumpai seraup emas pada setiap dulang pasir. Hal ini dinyatakan dengan menarik oleh J.A. Richardson dalam bukunya, The Geology and Mineral Resources of the Neighbourhood of Raub Pahang. Menurutnya; "People found that for every "dulang" of sand there was a handful (raup) of gold".
Raub menjadi terkenal pada awal abad ke-20 kerana hasil emasnya. Syarikat lombong emas yang mengusahakan perlombongan di daerah ini ialah Raub Australian Gold Mine (RAGM) yang didaftarkan pada 1889 di Queensland, Australia. RAGM juga dikenali sebagai Raub Gold Mine. Pada awalnya syarikat lombong ini dikenali sebagai Australian Syndicate Ltd dan kemudian Australian Gold Mining Co. Ltd pada 1892. RAGM beroperasi sehingga 1961.
Terdapat satu lagi versi cerita yang menjelaskan asal usul nama Raub ini. Menurut kepercayaan orang-orang tua daerah ini, Raub telah diteroka dan dibuka dalam kurun ke-18. Mengikut sumber-sumber yang diperoleh, dua orang pemuda bersama ayah mereka telah melalui hutan rimba serta menyusuri sebatang anak sungai. Setelah sekian lama mengembara mereka sampai ke tebat atau tobek (satu kawasan di mana pengaliran air sungainya disekat atau digelar empang).
Sebaik sampai di situ, si ayah mengatakan kepada anaknya di situlah tempat yang paling sesuai untuk berehat. Kelihatan pasir di kiri dan kanan tebat itu amat bersih. Kedua-dua pemuda itu bersetuju dengan cadangan ayah mereka. Mereka pun mula membuka kawasan itu. Sekitarnya dibersihkan lalu didirikan sebuah pondok untuk kediaman mereka. Setiap hari ketiga-tiga beranak itu memasuki hutan untuk mencari rotan, damar, getah, jelutung dan sebagainya.
Mereka juga memetik pucuk dedaun yang begitu subur berhampiran tebat untuk dijadikan makanan. Segeralah ketiga beranak itu meraup pasir-pasir di tebing tebat itu dengan tangan masing-masing. Setiap kali diraup, setiap kali emas diperoleh. Disebabkan emas begitu banyak dan terlalu mudah untuk mendapatkannya; hanya menggunakan tangan untuk meraup, adalah dipercayai mereka menamakan tempat itu dengan gelaran "RAUB". Sejak itu setiap hari mereka terus meraup emas. Kawasan tebat yang pertama mengeluarkan emas tadi, sekarang ini ialah di Padang Besar Majlis Bandaran Daerah Raub. Begitulah mengikut cerita lisan orang tua di daerah ini. Bagaimanapun, jika gelaran nama Raub lahir daripada kerja meraup emas tadi, sedikit perbezaan timbul dari segi ejaan. Perkataan meraup emas lahir daripada kata dasar "Raup" sedangkan "RAUB". Namun begitu, kemungkinan bahasa daerah itu lebih sesuai digunakan dengan ejaan RAUB dari ‘Raup’.
Terdapat juga pendapat yang terpencil yang menyatakan asal usul nama Raub adalah berasal daripada perkataan Rao kerana suku kaum Rao telah mendominasi jumlah penduduk di kawasan terbabit sehingga digelar sebagai ‘lubuk orang Rao’. Oleh kerana peredaran masa, sebutan perkataan Rao itu telah bertukar menjadi Raub.
Saya salah seorang yang berani menafikan bahawa nama panggilan asal Raub itu daripada ‘Meraup’ emas kerana walaupun banyak emas di kawasan berair dan berpasir di Raub tetapi tidak benar bila meraup pasir itu kelihatan banyak emas dari pasir kerana bijih emas ini perlu melalui proses tertentu untuk menjadikannya sebagai logam ‘Emas’.
Apa yang saya yakini bahawa diriwayatkan ada dua orang, seorang Pakar Geologi dari Jerman dan seorang lagi Pakar Mineral dan Logam dari Amerika Syarikat yang mula-mula tiba di sebuah kawasan yang diberi nama Rotan Tunggal. Kedua pakar ini seronok melihat ramai orang-orang yang sedang mendulang di sebuah kawasan berpaya ( kawasan padang bersetentang dengan Pejabat Majlis daerah Raub sekarang ). Lalu salah seorang daripadanya bertanya kepada yang menjadi Ketua kepada pendulang-pendulang itu, siapakah orang-orang yang sedang mendulang itu.
Lalu diberitahu oleh Ketua pendulang itu bahawa orang-orang yang mendulang itu sebagai Orang-orang Rao ( sebutannya ‘Raau’ ). Maksudnya pendulang-pendulang emas itu adalah orang-orang yang datang dari Rao, Sumatera. Lalu pakar dari Amerika Syarikat itu menyampuk mengatakan bahawa di Indiana di tempatnya juga telah ada pekan dinamakan dengan Raub kerana ramai hamba yang dibawa daripada Sumatera iaitu orang-orang Rao. Sejak itulah panggilan Raub itu digunakan hingga menghilangkan nama asal tempat itu sebagai Rotan Tunggal. Oleh itu saya berkeyakinan bahawa nama Raub itu berpunca daripada orang-orang Rao yang mendulang emas di kawasan paya di samping telah membuka kampung seperti Rotan Tunggal, Taranum dan Kalang.
            Daerah Raub kini adalah salah sebuah dari 11 buah daerah yang terdapat di Pahang. Daerah Raub terdiri daripada tujuh buah mukim iaitu Batu Talam, Sega, Semantan Ulu, Dong, Ulu Dong, Gali dan Tras. Raub mempunyai 57 buah kampung tradisional dan 9 buah kampung baru Cina . Raub berlokasi di sebelah barat negeri Pahang dan keluasannya ialah 2,271 kilometer persegi, iaitu 6.34% daripada keluasan Pahang (35,823 kilometer persegi). Raub terletak antara dua buah banjaran, iaitu Banjaran Titiwangsa dan Banjaran Gunung Benom. Ketinggian Raub adalah 160 meter dari atas paras laut dengan purata suhu tahunan 79.5º dan hujan tahunan kira-kira 200 sentimeter. Jarak Raub dengan Kuala Lumpur hanya 130 kilometer dan hanya akan mengambil masa 1½ jam untuk sampai ke bandar Raub melalui Lebuh raya Kuala Lumpur Karak dan memasuki dan melalui Jalan Laluan Lapan..

MASYARAKAT RAO DI RAUB

            Penduduk di daerah Raub ketika ini sebagaimana angka banci 2010 terdiri daripada Melayu seramai 95,100 orang iaitu mendominasi 55 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk., Orang Cina pada kadar 33 peratus manakala orang India pada kadar 7 peratus. Bakinya terdiri dari lain-lain suku bangsa. Dari sebanyak 95,100 orang Melayu dalam daerah Raub, dianggarkan kira-kira 33,000 orang terdiri daripada suku Rao Sejati manakala 43,000 terdiri daripada Rao Persemendaan dengan Minang, Jawa, Kampar, Banjar, Kerinci dan Aceh menjadikan Raub sebagai Lubuk Orang-orang Rao ( Rawa ) selepas Gopeng di Perak.
            Oleh itu di kalangan Orang-orang Rao dan persemendaan ini bukan sahaja sebagai pengamal Agama Islam mazhab Sunnah Wal Jemaah, tetapi mereka memiliki jenis-jenis makanan yang khas ciri-ciri Rao di samping kesenian yang khas ciri-ciri Rao, walau bagaimanapun disebabkan landskap budaya yang pengaruh mempengaruhi, telah berlaku pengubahsuaian terhadap jenis-jenis makanan dan jenis-jenis kesenian Rao itu sendiri.

MAKANAN TRADISIONAL RAO DI RAUB

            Dalam tulisan ini ingin saya senaraikan Makanan Tradisional Rao yang masih wujud di Ranah Rao, Pasaman, Sumatera dan dibandingkan dengan senarai Makanan Tradisional Rao yang masih menjadi menu makanan Orang-orang Rao Persemendaan di Raub, iaitu:


Bil.


Nama Makanan Tradisional Rao di Rao, Pasaman

Nama Makanan Tradisional Rao di Raub
1
Masak Asam Ikan Keli
Gulai Asam Ikan Kalang / Keli / Puyu
2
Anyang Botik

3
Gulai Birah

4
Gulai Botik
Gulai Betik Muda
5
Gulai Lomak Rebung
Gulai Lemak Rebung
6
Lasiak Tutuk

7
Rondang Pakih
Pindang Pucuk Paku
8
Asam Lauk

9
Pongat Masin
Pengat ( Ubi Kayu, Ubi Keladi, Kemili, Labu, Pisang )
10
Kueh Gelamei Buloh ( 3 Jenis )
Kelamai
11
Goring Bolut
Goreng Belut
12
Goring Ikan Sepat Ronggeng
Goreng Ikan Sepat Ronggeng
13
Pulut Kontang Dengan Kelapa Mudo
Nasi Pulut dimakan bersama kelapa parut dan ikan masin
14
Gulai Rampai (Rimbang, Jantung Pisang, Pucuk Ubi)
Gulai Rampai - Jantung pisang, pucuk ubi, terung pipit, pucuk paku, terung telunjuk, ubi keledek, petai, dan dauk kaduk ( diperasakan dengan asam tempoyak atau asam rong.)
15
Masak Asam Kobau/Daging/Khosa
Gulai Rebus ( Jantung, Paru, Limpa, Perut, Hati, Daging, Usus Kerbau/Lembu )
16
Gulai Pisang Mudo
Gulai Lemak Pisang Emas / Pisang Nangka
17
Gulai Korumbia Mudo

18
Gulai Duda Bulong Gadung

19
Gulai Lomak Nangko
Gulai Lemak Nangka
20
Samba Karumbia

21
Ponget Lauk

22
Asam Roruong

23
Sagun-sagun
Sagun
24
Ulom Sayur
Ulaman ( Pegaga, Serai Kayu, Ulam Raja, Daun Kaduk, Daun Mengkudu, Daun Putat, Daun Tenggek Burung, Daun Sekentut, Salon, dan lain-lain )
25
Robus Ubi / Kolak Ubi
Rebus Ubi Kayu / Rebus Ubi Kemili, Rebus Keledek
26
Kerabu Pakih Dengan Porut
Kerabu Pucuk Paku Dengan Perut / Kerang
27
Kueh Serabai
Kuih Serabai / Lempeng
28
Lopek Gobu
Lepat Pisang, Lepat Ubi Kayu, Lepat Labu
29
Ponget Pisang Abu
Pengat Pisang Kelat Abu / Pisang nangka

Gulai Keladi Kemahang
31

Gulai Siput Sungai
32

Gulai Tempoyak Ikan Patin / Kalang / Baung / Lampam / Kerai / Jelawat
33

Gulai Darat ( Daging Kerbau / Lembu / Kambing )
34

Gulai Asam Rong Ayam kampung
35

Kuih Apam Bokor
36

Masak Sayur Manis Cemperai / Bayam
37

Masak Sayur Manis Kulat Tahun
38

Sambal Hitam ( Lada Burung+Ikan Bilis+Buah Belimbing Buluh yang Rebus ).
39

Sambal Hijau ( Lada Burung+Ikan Bilis+Buah Belimbing Buluh )
40

Sambal Tumis ( Ikan Bilis atau Kerang di campur dengan petai )
41

Pindang Maman / Pucuk Paku
42

Pincuk Bolai / Daun Betik+Bunga Betik / Umbut / Jantung Pisang
43

Cemang Kepayang
44

Bubur Cirit Murai
45

Bubur Kacang
46

Bubur Asyura
47

Serawa Durian ( Di makan bersama nasi pulut )
48

Bubur Pulut Hitam
49

Emping Padi
50

Kekalu ( dari Padi Muda )
51

Lemang ( Pulut, Jagung, Labu )
52

Dodoi ( Termasuk Dodoi Kukus )
53

Baulu Cermai
54

Pulut Kuning
55

Gulai Umbut Kabung / Kelapa / Bayas
56

Gulai Umbut Batang Pisang
57

Kerabu Jangat ( Kulit Kerbau )


KESENIAN TRADISIONAL RAO DI RAUB

            Dalam tulisan ini ingin saya senaraikan Kesenian Tradisional Rao yang masih wujud di Ranah Rao, Pasaman, Sumatera dan dibandingkan dengan senarai Kesenian Tradisional Rao yang boleh ditampilkan untuk dipertunjukkan kepada orang ramai mengikut suasana budaya masyarakat setempat dalam acara-acara adat atau majlis-majlis rasmi baik di peringkat kampung, mukim atau daerah di Raub, Pahang sejak zaman dahulu hingga ke masa kini sebagai ciri khas kesenian tradisional Orang-orang Rao Persemendaan, iaitu:


Bil.


 Nama Kesenian Tradisional Rao di Rao, Pasaman

Nama Kesenian Tradisional Rao di Raub
1
Tarian Rontak Kudo / Onjai
Tari Tandak
2
Seni Tingkah Losung Panjang
Seni Tingkah Lesung
3
Seni Bongsilau ( Kaco Pocah )
Seni Pijak Kaca Pecah
4
Seni Lukah Gilo
Tari Lukah
5
Seni Zikir Rao
Ratib Tegak
6
Seni Bombongan

7
Seni Kobar

8
Seni Kompang
Seni Kompang
9
Seni Tortor

10
Seni Gordang Sembilan
Seni Gendang / Tetawak
11
Seni Musang-Musang

12
Seni Tari Gelombang ( Silat Persembahan / Silat Pulut )
Seni Tari Silat / Silat Pulut
13
Seni Tidor Di Ateh Duri

14
Seni Gamat Pasar Rao / Bodendak
Joget Lambak
15
Seni Tandang Boinei
Seni Berinai
16
Adat Perkahwinan antara Nogori
Adat Perkahwinan Rawa
17
Adat Turun Memandi
Adat Mandi Berlimau
18
Adat Menjojak Tanah ( Pantang Tanah )
Adat Memijak
19
Adat Menjolang Rajo

20
Adat Markusib

21
Adat Melonjong

22
Adat Merpege-pege

22
Adat Onang-Onang

23

Tari Piring
24

Tari Zapin
25

Tari Inang
26

Tari Pedang
27

Adat Merisik ( Nikah Kahwin )
28

Adat Bertunang ( Nikah Kahwin )
29

Adat Berderau / Gotong-royong
30

Adat Melenggang Perut ( Nikah Kahwin )
31

Adat Bertungku ( Nikah Kahwin )
32

Adat Mandi Minyak
33

Seni Silat Bela Diri

KATA PENUTUP

            Kesimpulan yang dapat difikirkan bahawa jenis-jenis makanan tradisional dan kesenian tradisional yang asal dibawa oleh para perantau Rao baik dari Rao mahupun dari Pagarruyung telah melalui evolusi lalu berubah mengikut masa, cita rasa dan suasana budaya masyarakat Rao Persemendaan sejak dahulu hingga ke masa ini. Didapati pengaruhi mempengaruhi antara budaya kehidupan telah merealisasikan satu bentuk budaya Rao Persemendaan yang unik, menarik dan amat perlu dikekalkan dan diamalkan oleh generasi masa kini dan generasi masa depan.
            Akhir kata saya berharap dengan menulis perbandingan antara makanan dan kesenian Orang-orang Rao di Rao, Pasaman, Sumatera Barat dengan Orang-orang Rao Persemendaan di Raub, Pahang bukan sahaja dapat menambah khazanah ilmu pengetahuan mengenai mereka, malah dapat memberi satu pendekatan yang positif dalam Lanskap kehidupan budaya Orang-orang Rao Persemendaan di Raub ini.

TAMAT













DAFTAR PUSTAKA

Datoek Toeah. 1976. Tambo Alam Minangkabau. Pustaka Indonesia. Bukit Tinggi.

Graves, E. E. 2007. Asal-usul Elite Minangkabau Modern. Yayasan Obor Indonesia. Jakarta.

Marsden, W. 2008. Sejarah Sumatra. Komunitas Bambu. Depok.

Muhammad Bukhari Lubis, Mohd. Rosli Saludin, Talib Samat (2009), Rao Di Sana Sini, Jaro Malaysia.

Muhammad Yusof Hashim, Aruna Gopinath ( 1992), Tradisi Persejarahan Pahang Darul Makmur 1800 – 1930, Tempo Publishing

Buyung Adil (1972), Sejarah Pahang, DBP

Hasyim Awang (1998) Rumpun Melayu Dispora dalam konteks hubungan Ras. Kuala Lumpur: Universiti Malaya

Khazin Mohd Tamrin dalam DInamika Adat dan Tradisi Merantau di Alam Melayu dalam adat Melayu serumpun. Kuala Lumpur: Universiti Malaya

Undri, (2008) Pusat Dokumentasi Informasi Sejarah-Budaya BPSNT Padang. Padang Ekspres
_____ (2004) Konflik Lahan Perkebunan 1930-1960. Padang: Lipi

Zaffuan Haji Manaf (2007) Bingkisan Sejarah Raub: Rao Dan Pagaruyung Dengan Raub dan Pahang. Kuala Lumpur: Anjung Media Resources

Zabidin Haji Ismail (2012), Biografi Tokoh Rao, Persatuan Karyawan Perak

Wikipedia. Ensiklopedi Bebas. http://wikipedia.org.


Blog Urang Rao Raub: http://orangrawa.blogspot.com


BIODATA SUBARI AHMAD JAAFAR AR-RAWI

Subari bin Ahmad bin Jaafar Ar-Rawi atau lebih dikenali dengan nama penanya Arisel BA dilahirkan pada 11 Ogos 1953 di Ladang Selborne, Kuala Lipis, Pahang. Ayahnya Ahmad ( keturunan Rawa/Banjar) berasal dari Kg Sungai Ruyung, Gali, Raub Pahang, manakala ibunya Kamsah ( berketurunan Rao/Jawa ) berasal dari Kg Temau, Raub, Pahang. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah dari Sekolah Clifford, Kuala Lipis, Pahang.  Beliau antara Graduan Siri Pertama Pembelajaran Dalam Talian (Internet) Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) bermula tahun 1999 dan dianugerahkan dengan Bacelor Komunikasi. Beliau kini telah bersara dari Perkhidmatan Kerajaan dan menumpu sepenuh masa membuat kaji selidik dan menulis perihal asal usul dan budaya masyarakat Rao di Raub. Di samping itu beliau menulis sajak, cerpen, rencana dan novel. Menjadi ahli Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Pahang, ahli JARO Malaysia, Subari juga pernah menjadi Setiausaha Agung Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) selama 10 tahun (1983-1993) dan Setiausaha Hari Sastera 1987. Kini beliau sebagai Pegawai Seranta DPMP di samping menganggotai PENA sejak 1972 sebagai ahli biasa.