ANAK-ANAK AHMAD JAAFAR AR-RAWI

ANAK-ANAK AHMAD JAAFAR AR-RAWI

Saturday, October 25, 2008

TUGAS SAYA PULIHKAN KEYAKINAN ORANG MELAYU TERHADAP UMNO!

TUGAS SAYA PULIHKAN KEYAKINAN
ORANG MELAYU TERHADAP UMNO!

KUANTAN – Tugas dan tanggungjawab saya di atas sokongan pemimpin Cawangan dan ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi adalah untuk memulihkan keyakinan orang-orang Melayu terhadap UMNO.

Itulah janji Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman semasa berucap merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Paya Besar di Dewan Kolej Islam Pahang (KIPSAS) pada 19 Oktober yng lalu.

Beliau menarik perhatian perwakilan dengan mengatakan bahawa orang-orang Melayu di kawasan Paya Besar terdiri daripada empat kelompok, dan setiap kelompok itu perlu didekati oleh pemimpin UMNO.

Kelompok pertama terdiri daripada orang-orang Melyu yang masih setia bersama UMNO walaupun apa akan jadi terhadap partai berkenaan, dan mereka mengharapkan pimpinan UMNO segera melakar perubahan supaya mereka selamat hidup di kawasan ini.

Kelompok kedua terdiri daripada orang Melayu yang mengundi pembangkang pada Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu atau ada yang tidak keluar mengundi, dan golongan ini terkejut atas tindakan mereka menyebabkan UMNO hampir tumbang.

Kelompok ketiga adalah orang Melayu yang mengundi Barisan Nasional (BN) tetapi kecewa dengan sikap pemimpin yang tidak mahu bertanggungjawab terhadap kekalahan partai malah menuding jari kepada orang lain yang cuba sabotaj partai.

Kelompok keempat pula terdiri daripada golongan muda professional dan berpelajaran tinggi yang mengatakan UMNO sudah tidak releven dalam memperjuangkan nasib masa depan orang-orang Melayu, dan mereka bosan dengan gelagat pengampu sesetengah pemimpin UMNO.

Jadi, jika para perwakilan yakin dan memberi kepercayaan kepada saya menjadi pemimpin di kawasan ini. walaupun saya bukan Wakil Rakyat dan Ahli Yang Berhormat, saya pasti mendapat kekuatan memulihkan keyakinan empat kelompok itu kepada UMNO dan BN.

Sementara itu, Ahmad Tajuddin berjaya mengekakan jawatan Ketua UMNO Bahagian Paya Besar meraih 196 undi menewaskan pencabarnya, Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail yang hanya mendapat 166 undi.

Dipetik dari Mingguan Watan
Bil.9, 26 Okt - 1 Nov 2008

No comments:

Post a Comment

KOMEN ANDA