ANAK-ANAK AHMAD JAAFAR AR-RAWI

ANAK-ANAK AHMAD JAAFAR AR-RAWI

Sunday, November 16, 2008

Kerajaan Barisan Nasional Melanggar Semangat Federalisme

Kerajaan Barisan Nasional Melanggar Semangat Federalisme

TEMERLOH – Pas menganggap campur tangan Kerajaan Pusat telah melanggar semangat federalisme dan gagal menghormati demokrasi yang di amanahkan oleh rakyat melalui Pilihanraya di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sebagai contoh Kerajaan Pusat tidak perlu campur tangan dalam urusan pelantikan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kerana ia adalah di bawah kuasa kerajaan negeri.

Menurutnya, akibat pelanggaran semangat itu, negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat seperti di Kelantan, Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang berhadapan dengan pelbagai masalah.

“Urusan pelantikan JKKK sama seperti pelantikan pihak berkuasa tempatan (PBT) dikendalikan kerajaan negeri.

“Ini satu perbuatan yang melanggar sistem demokrasi dan bertentangan dengan perlembagaan. Kerajaan Barisan Nasional melanggar semangat federalisme,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Ijtimak Bersama Pimpinan Pakatan Rakyat di Kerdau dekat sini, baru-baru ini.

Kata Abdul Hadi, selain itu beliau mengambil contoh bayaran berkapital yang perlu dibayar Kerajaan Pusat dua kali setahun kepada kerajaan negeri juga dilanggar seperti apa yang berlaku di kalangan negeri-negeri dikuasai Pakatan Rakyat.

“Masalah ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa lewat membayar gaji kakitangannya dan urusan opentadbiran harian yang lain termasuk lojistik,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai memberi contoh kenyataannya yang menganggap negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat menghadapi kesukaran kerana Kerajaan Pusat sengaja melanggar semangat tersebut.

Dipetik dari Mingguan Watan
Bil.12, 16 - 22 November 2008

ABDUL RAHMAN MOHAMAD BERJAYA REBUTJAWATAN KETUA UMNO BAHAGIAN LIPIS

ABDUL RAHMAN MOHAMAD BERJAYA REBUT
JAWATAN KETUA UMNO BAHAGIAN LIPIS


KUALA LIPIS – ADUN Padang Tungku, Abdul Rahman Mohamad berjaya merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Lipis dalam satu pertarungan sengit apabila beliau mendapat majoriti kecil sebanyak 40 undi.

Abdul Rahman , mantan Timbalan Ketua berjaya meraih sebanyak 188 undi dan menewaskan penyandang Ketua UMNO Bahagian Lipis sebelumnya, Datuk Mohd. Soffi Abdul Razak yang hanya meraih sebanyak 148 undi.

Persidangan UMNO Bahagian Lipis telah diadakan pada 9 November lalu di Dewan Jubilee Perak, Kuala Lipis telah dihadiri seramai 336 perwakilan dari 84 buah Cawangan UMNO.

Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Budu yang juga mantan ADUN Benta, Dato Suhaimi Ibrahim telah berjaya meraih jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Lipis dengan meraih 204 undi.

Suhaimi telah mengalahkan Ahli Parlimen Lipis, Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman yang hanya mendapat 132 undi manakala jawatan Naib Ketua berjaya direbut oleh Pegawaai Khas Menteri Besar Pahang, Mustaffa Long yang mendapaat 197 undi.

Mustaffa telah mengalahkan Setiausaha UMNO Bahagian Lipis, Haji Zulkifli Mohamad yang hanya mendapat 139 undi.

Dipetik dari Mingguan Watan
Bil.12, 16 - 22 November 2008

PASTIKAN UMNO TERUS GAGAH!

PASTIKAN UMNO TERUS GAGAH!

BENTONG – Setiap pemimpin dan ahli UMNO di peringkat akar umbi harus memainkan peranan masing-masing untuk memulihkan UMNO supaya ianya menjadi sebuah partai yang gagah dan mampu menjadi tonggak bangsa Melayu.

Apabila UMNO menjadi gagah dan teguh, partai itu bukan sahaja menjadi pelindung kepada orang-orang Melayu, malah mampu memberi perlindungan kepada kaum-kaum lain di Negara ini.

Ketua UMNO Bahagian Bentong, Datuk Seri Adnan Yaakub berucap sedemikian semasa merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Bentong pada 2 Novmber lalu di Dewan Majlis Perbandaran Bentong.

Katanya, dalam suasana politik di Negara ini dimana setiap partai yang ada tidak akan mampu berkuasa sekiranya tidak mendapat sokongan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya

” Menjelang musim pemilihan banyak pihak ghairah dan berminat untuk merebut jawatan di dalam UMNO di peringkat Bahagian dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, tetapi jangan gelojoh kerana sikap itu boleh menjejaskan kestabilan dan kekuatan UMNO itu sendiri.

” UMNO akan jatuh dan hancur lebur jika sekiranya semua pihak menabur fitnah dan saling bercakaran sesama sendiri terus berlaku sudah pasti ia akan memberi contoh yang tidak baik kepada partai komponen Barisan Nasional yang lain.

” Kini apa yang perlu dilakukan ialah setiap pemimpin dan ahli UMNO perlu bersatu , membuang segal;a perasaan hasad dengki, bertolak ansur dan terus berusaha memenangi hati rakyat dengan turun padang melihat sendiri permasalahan yang berlaku diperingkat akar umbi,” ucap beliau lagi.

Adnan yang juga Ahli MKT UMNO diminta mengulas mengenai politik wang yang sering didakwa berlaku dari peringkat cawangan, bahagian hingga ke Perhimpunan Agung UMNO berkata, sekiranya masalah itu tidak diatasi, sudah pasti ianya akan menghancurkan UMNO.

Beliau mengesyorkan kaedah bersumpah dengan menyebut 'Wallahi, Wabillahi, Watallahi' digunakan bagi membolehkan saksi menyabitkan mana-mana individu yang didapati melakukan kesalahan politik wang.

Dipetik dari Mingguan Watan
Bil.12, 16 - 22 November 2008