ANAK-ANAK AHMAD JAAFAR AR-RAWI

ANAK-ANAK AHMAD JAAFAR AR-RAWI

Saturday, November 1, 2008

WANITA UMNO INDERA MAHKOTA SOKONG IANYA TIDAK DIHAPUSKAN!

AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA):
WANITA UMNO INDERA MAHKOTA SOKONG IANYA TIDAK DIHAPUSKAN!

KUANTAN – Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Indera Mahkota menyokong Kerajaan supaya tidak menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) demi masa depan keselamatan negara ini yang dihuni oleh pelbagai kaum dan bangsa dapat terus mengekalkan perpaduan dan keharmonian.

Ketuanya, Datuk Ramlah Kassim semasa berucap merasmikan Persidangan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Indera Mahkota mahu supaya Kerajaan hanya meminda beberapa fasal bagi mengetatkan lagi ISA terutama dalam berhadapan dengan mereka yang bersikap ’musuh dalam selimut’.

Katanya, ISA telah digunakan oleh Kerajaan dengan penuh hemah dan amat bijaksana bagi memastikan kehidupan majoriti rakyat jelata di negara ini hidup aman damai dan mengekang anasir-anasir anti nasional yang suka menangguk di air yang keruh, terutama perkembangan keselamatan negara sejak akhir-akhir ini.

Menurut beliau, penguatkuasaan akta ini diterjemahkan dalam Perkara 151 Perlembagaan Malaysia tahun 1960 dan ia bersifat proaktif dalam menangani masalah-masalah kompleks yang sukar ditangani melalui prosedur biasa dan memerlukan tindakan segera demi keselamatan awam dan kesejahteraan ramai.

Dipetik dari Mingguan Watan
Bil.10 - 2 - 8.11.2008

No comments:

Post a Comment

KOMEN ANDA