PEMUDA UMNO MARAN BERI KHAIRY 9 UNDI?
MARAN – Hanya 9 undi mampu diperolehi oleh calon Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dari 243 perwakilan yang hadir dalam Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran yang telah diadakan pada 25 Oktober lalu dan dari keputusan itu bekas Ketua Pemuda Maran, Datuk Shamsul Najmi Shamsuddin meninggal dewan persidangan.
Peristewa ini berlaku gara-gara Shamsul Najmi cuba mengawal percalonan dengan beliau cuba mencalonkan Khairi sebagai calon Ketua Pemuda, tetapi telah dibantah oleh perwakilan pemuda dan mereka turut mencalonkan Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohd Khir Toyo, kemudian diadakan pengundian.
Akibat perwakilan Pemuda UMNO Maran menolak Khairi dan memilih Khir Toyo dengan meraih 149 undi, Shamsul Najmi yang disorak oleh perwakilan tidak dapat menahan emosi lalu keluar meninggalkan dewan persidangan, dan semasa beliau keluar terus diboo oleh perwakilan kerana taksub kepada individu tertentu.
Dalam pengundian berkenaan, Mukhriz telah memperolehi 82 undi dan difahamkan Pemuda Maran merasakan Khairi dan Mukhriz telahpun mendapat pencalonan yang cukup, itulah sebabnya mereka memilih Khir Toyo bagi menjadikan pertandingan itu nanti sebagai tiga penjuru bagi merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO.
Difahamkan persidangan berkenaan telah berlaku kekecohan, nasib baik dengan adanya pemerhati wakil dari Pemuda Perhubungan UMNO Pahang dapat meleraikan kekecohan yang timbul dan persidangan ditamatkan dalam suasana yang harmoni dan berbaik sangka.
Dipetik dari Mingguan Watan
Bil.10 - 2 - 8.11.2008
No comments:
Post a Comment
KOMEN ANDA