POLITIK WANG DALAM PEMILIHAN PEMIMPIN UMNO DI PAHANG?
KUANTAN – Setelah UMNO Bahagian Kuantan, Raub, Rompin dan Paya Besar selesai mengadakan Persidangan Bahagian masing-masing, UMNO Perhubungan Pahang telah menerima lapan aduan yang mendakwa wujud anasir politik wang dalam Persidangan Puteri, Pemuda dan Wanita termasuk Bahagiandi beberapa kawasan.
Setiausaha Perhubungan UMNO Pahang, Encik Abdul Rahim Abas difahamkan, aduan-aduan itu sedang disiasat lanjut di mana membabitkan enam ahli UMNO ke arah tindakan disiplin akan diambil kerana amalan politik wang adalahn amalan yang boleh memburukkan lagi imej UMNO.
Menurut beliau, dua kes telah selesai kerana hanya membabitkan masalah teknikal semasa persidangan berlangsung manakala enam kes lagi, jika ianya benar-benar terbukti berlaku amalan politik wang, kes-kes itu akan dilanjutkan kepada Jawatankuasa Disiplin UMNO Pusat.
Mengulas mengenai spekulasi mengatakan ada pengaruh luar mempengaruhi dalam pemilihan pemimpin terutama pemimpin Pemuda UMNO, spekulasi itu amat tidak benar dan tidak berlaku di Pahang.
Karanya, apa yang berlaku ialah pencalonan Ketua Pemuda UMNO telah dibuat mengikut peraturan mesyuarat dan suara akar umbi dihormati dengan keputusan undi majoriti menjadi penentuannya.
Dipetik dari Mingguan Watan
Bil.10 - 2 - 8.11.2008
No comments:
Post a Comment
KOMEN ANDA