PERKUKUH KERJASAMA KOMPONEN BN
UNTUK RAMPAS KEMBALI PARLIMEN INDERA MAHKOTA
KUANTAN – UMNO Bahagian Indera Mahkota akan segera mengorak langlah mengatur sdtrategi dan aktiviti sosial di DUN Semambu dan DUN Beserah bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 13, akan datang ke arah merampas kembali kawasan parlimen Indera Mahkota dari tangan Partai Keadilan Rakyat (PKR).
Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Encik Mohd. Azmi Yusof dipetik sebagai berkata, bagi mennjayakan hasrat itu, UMNO akan menerajui usaha untuk meningkatkan kerjasama dari MCA, MIC, Gerakan sebagai rakan sekutu Barisan Nasional (BN) melalui aktiviti-aktiviti sosial yang akan dianjurkan kelak.
Katanya, sayap Wanita, Pemuda dan Puteri akan digerak serentak bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang dan tidak mahu tiga sayap UMNO itu bergerak sendirian bagi menjimatkan tenaga, biaya dan mengukuhkan perpaduan dalam UMNO sendiri disamnping mengeratkan kerjasama dalam BN.
”Apabila ditanya kenapa memilih aktiviti sosial, beliau memberitahu bahawa rakyat yang mahukan pemimpin partai Kerajaan turun padang, oleh itu melalui aktiviti sosial seperti Mesra Rakyat membolehkan pemimpin melihat sendiri kehidupan rakyat di peringkat kampung dan luar bandar.
” Disamping itu dikalangan partai komponen BN juga turut mengelami proses pemilihan pimpinan baru baik diperingkat cawangan atau bahagian, oleh itu perlu satu pendekatan bersepadu dibuat, disamping pemimpin turun padang, rakyat juga dapat mengenali secara lebih dekat pemimpin mereka.
”Golongan muda kini mahu perubahan dalam pimpinan partai dan perkara itu telah pun selesai, jadi kini masanya pemimpin baru mengatur strategi bagaimana memastikan giolongan muda terus sayangkan partai dan seterusnya berkorban tenaga dan wang ringgit bagi memulihkan maruah BN yang sudah tercalar di Indera Mahkota.
Sebagai langkah awal, UMNO Bahagian Inderea Mahkota akan berbincang dengan Yayasan Nelayan Pahang bagi mengenalpasti masalah utama golongan nelayan disepanjang pantai Beserah hingga ke Pantai Chertaing, dan setelah masalah itu dikenalpasti, tindakan susulan menyelesaikan masalah akan dilaksanakan secara bersepadu, ” katanya lagi.
Menurut Mohd. Azmi lagi, perhatian khusus bagaimana untuk menarik sokongan anak-anak nelayan kepada BN dan perancangan aktiviti yang strategik akan dilaksanakan, terutama bagaimana kaedah untuk meningkatkan jumlah pengundi di Indera Mahkota kepada 55,000 orang.
Katanya, sayap Pumuda dan Puteri akan segera turun padang bagi mendekati anak-anak nelayan ini kerana sokongan mereka dapat menentukan apakah BN akan berjaya merampas kembali kerusi parlimen Indera Mahkota dari tangan PKR dalam pilihanraya umum akan datang.
Dipetik dari Mingguan Watan
Bil.15, 7 - 13 Disember 2008
No comments:
Post a Comment
KOMEN ANDA