ANAK-ANAK AHMAD JAAFAR AR-RAWI

ANAK-ANAK AHMAD JAAFAR AR-RAWI

Sunday, January 4, 2009

EMEL DARI WARIS RAO, MEDAN, SUMUT, INDONESIA

EMEL DARI WARIS RAO, MEDAN, SUMUT, INDONESIA

Emel Dari A. Rahim Qahhar

En. Subari Ahmad,

Pertama kali saya memperkenalkan diri, nama saya A.Rahim Qahhar bermastautin di Medan Sumatera Utara Indonesia . Tertarik untuk menghantar emel kerana saya dapati tulisan saya “Pengabdi Republik Tak Mungkin Munafik” dalam blog En. Arisel itu saya muat dalam akhbar Medan Bisnis tempat saya bekerja, dan saya hantar ke milis Dato’ Kemala. Daripada mana En dapat artikel tersebut?

Bila En. Subari di Pahang, sila tanya Marsli NO dia amat kenal saya, juga Dato Kemala sahabat saya, nyaris papan atas sasterawan kat sini adalah kenalan saya. Kerana saya juga selalu ikut dalam kegiatan Gapena atau Pena.

Dan yang saya amat tertarik iaitu mengenai Teromba Rawi atau Rao. Kemudian saya baca sejarah oran g Rao di Tanah Semenanjung , wa h..saya terkagum-kagum kerana tak pernah tahu sejarah seperti itu. Kerana saya juga keturunan Rao, namun sekali pun tak pernah pulang atau menengok ke Bonjol, Rao. Sejak lahir hingga usia di atas usia Rasulullah sekarang ni, tetap bermastautin di Medan .

Pilihan raya Mac lepas saya berada di Gopeng kerana ada pesta kahwin anak saudara mara, iaitu anak daripada adik saya Badrul yang buka usa ha Kolam Pa ncing udang di Gopeng. Atok kami adik beradik, dua di Gopeng lainnya di Indonesia . Ramai saudara mara di Gopeng, satu kampong hampir semua berfamili. Yang tertua saat ini boleh En Subari kontek dia, iaitu abang saya H Mohd Nasir bin Abdul Wa hab di Gopeng Perak. Nombor talipon rumah 05- 359.6197 atau talp bimbit 012.5204.156 dan 012.5035.610.
En Subari boleh kontek dia dan mungkin nak ikut bergabung dalam Teromba Rao yang ada kat sini. Sekian sahaja.

Wassalam,

A.Rahim Qahhar

Jawaban emel dari Arisel BA

Sdra A.Rahim Qahhar
Medan, SUMUT

Saya memang Orang Rao, asal dari Kulawarga Pagar Ruyung/Padang Nunang/Rao-Mapattunggul. Kami melalui JARO sedang berusaha menerbitkan Teromba Keturunan Rao ke arah menjejak Jatidiri. Nanti saya ke Medan, akan cari sdra. Saya ada saudara di Gunung Mesah Hilir, Gopeng Perak - Datuk Aziz Shamsuddin tu berkait dengan saya sebagai anak saudara.

Tapi saya aslinya di Kg. Gali. Raub, Pahang, lubuk Orang Rao di Pahang.

Maklumat yang sdra berikan itu amat berguna untuk Projek Penerbitan Teromba Rao ini. Di Tanah Melayu, Orang dari Rao itu dikenali sebagai Orang Rawa, Orang Rawo atau ar-Rawi.

Saya mungkin ke Sumatera Barat pada April 2009, mungkin melalui Medan, lebih dekat, jika ikut Dumai, sedikit jauh.

Saya memang kenal sdra. Saya sejak 1983 - 1993 pernah aktif dalam Dewan Persuratan Melayu Pahang dan Gapena. Saya pernah jadi Skretaris DPMP selama 10 tahun. Nama pena saya ialah Arisel BA.

Jika sdra orang Rao, kita ada tali waris yang kental - ikut jalur saya ialah Ismail@ Subari bin Ahmad bin Jaafar bin Ibrahim bgin Tunku Ideris (kerabat dari Pagarruyung Saya adalah keturujan yang kelima.

Orang Rao di Sumbar hanya ada 60,000 plus, sedangkan di Tanah Melayu sudah membiak hingga 150,000 orang, itu sebab usaha menerbitkan Salasilah Kulawarga Rao di Tanah Melayu ini jadi semakin penting.

Kita berhubung lagi, jika sdra mahu kenal dengan peribadi saya, boleh tanya Pak Kemala atau Marsli NO. Rahsia saya ada dalam saku mereka daaa...

Artikel itu saya petik dari Forum Pak Kemala. Maaflah jika bersalahan, tetapi Adam Malek itu orang Rao, mesti dimartabatkan.

Sekian, terima kasih.

Ismail @ Subari Ahmad ar-Rawi

No comments:

Post a Comment

KOMEN ANDA