PASTIKAN UMNO TERUS GAGAH!
BENTONG – Setiap pemimpin dan ahli UMNO di peringkat akar umbi harus memainkan peranan masing-masing untuk memulihkan UMNO supaya ianya menjadi sebuah partai yang gagah dan mampu menjadi tonggak bangsa Melayu.
Apabila UMNO menjadi gagah dan teguh, partai itu bukan sahaja menjadi pelindung kepada orang-orang Melayu, malah mampu memberi perlindungan kepada kaum-kaum lain di Negara ini.
Ketua UMNO Bahagian Bentong, Datuk Seri Adnan Yaakub berucap sedemikian semasa merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Bentong pada 2 Novmber lalu di Dewan Majlis Perbandaran Bentong.
Katanya, dalam suasana politik di Negara ini dimana setiap partai yang ada tidak akan mampu berkuasa sekiranya tidak mendapat sokongan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya
” Menjelang musim pemilihan banyak pihak ghairah dan berminat untuk merebut jawatan di dalam UMNO di peringkat Bahagian dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, tetapi jangan gelojoh kerana sikap itu boleh menjejaskan kestabilan dan kekuatan UMNO itu sendiri.
” UMNO akan jatuh dan hancur lebur jika sekiranya semua pihak menabur fitnah dan saling bercakaran sesama sendiri terus berlaku sudah pasti ia akan memberi contoh yang tidak baik kepada partai komponen Barisan Nasional yang lain.
” Kini apa yang perlu dilakukan ialah setiap pemimpin dan ahli UMNO perlu bersatu , membuang segal;a perasaan hasad dengki, bertolak ansur dan terus berusaha memenangi hati rakyat dengan turun padang melihat sendiri permasalahan yang berlaku diperingkat akar umbi,” ucap beliau lagi.
Adnan yang juga Ahli MKT UMNO diminta mengulas mengenai politik wang yang sering didakwa berlaku dari peringkat cawangan, bahagian hingga ke Perhimpunan Agung UMNO berkata, sekiranya masalah itu tidak diatasi, sudah pasti ianya akan menghancurkan UMNO.
Beliau mengesyorkan kaedah bersumpah dengan menyebut 'Wallahi, Wabillahi, Watallahi' digunakan bagi membolehkan saksi menyabitkan mana-mana individu yang didapati melakukan kesalahan politik wang.
Dipetik dari Mingguan Watan
Bil.12, 16 - 22 November 2008
No comments:
Post a Comment
KOMEN ANDA