MAKANAN DAN KESENIAN TRADISIONAL
ORANG-ORANG RAO DI RAUB, PAHANG
Oleh: Subari Ahmad Jaafar ar-Rawi, BCOMM (UPM),
ABSTRAK
Makalah ini bertajuk “MAKANAN DAN KESENIAN TRADISIONAL
ORANG-ORANG RAO DI RAUB, PAHANG”. Tulisan secara semi akademik ini cuba
menggunakan metode Perbandingan antara jenis-jenis makanan tradisional Rao dan
jenis-jenis kesenian Rao yang masih wujud di Rao, Sumatera Barat dan di daerah
Raub, Pahang. Diharapkan supaya tulisan ini sebagai pembuka jalan ke arah
pihak-pihak yang berminat terutama anak-anak Raub berketurunan Rao Persemendaan
dapat meneruskan usaha kaji selidik perihal makanan dan kesenian orang-orang
Rao. Misalnya dari segi makanan membabitkan Baulu Cermai, Kelamai, Dodoi Kukus,
Gulai Rebus, Gulai Darat, Gulai Keladi Kemahang, Gulai Nangka, Gulai Pisang
Muda, Gulai Umbut Kabung dan lain-lain, manakala kesenian pula ialah Tari
Piring, Tari Lukah, Tari Pedang, Tari Tandak, Silat Pulut, Ratib Tegak dan
lain-lain yang hanya menggunakan peralatan bunyi-bunyian seperti tetawak, gendang
ibu, gendang anak, rebana, seruling, akordion dan biola.
( Dibentangkan di Seminar
Tokoh-Tokoh Rao Raub, Pahang pada 25 November 2012 di Sekolah Menengah
Kebangsaan Gali, Raub Pahang )
PENDAHULUAN
Memerihalkan
mengenai Raub, Masyarakat Rao yang mendominasinya dan menampilkan pelbagai
jenis Makanan Tradisional Rao dan Kesenian Tradisional Rao yang telah di bawa
oleh nenek moyang mereka sejak abad ke 15 lagi ( merujuk kepada Institusi Seri
Maharaja Perba Jelai yang memerintah Hulu Pahang pada awalnya berpusat di Budu,
Penjom dan kemudian berpindah ke Bukit Kota, Bukit Betong, Kuala Lipis yang
asal keturunan dari Pagarruyung.
Mereka telah datang ke Hulu Pahang sekitar tahun 1591 Masihi. Nama kampung
asal Seri Maharaja Perba Jelai di Pagarruyung ialah Titi Kabung Pagar Teras )
iaitu dari Ranah Minangkabau, Sumatera bukan satu kerja penulisan yang mudah
kerana ia memerlukan kaji selidik di lapangan di samping merakam temu bual
pelbagai sikap kedudukan setiap orang yang perlu ditemui. Oleh itu bagi
kegunaan Seminar ini saya mengambil jalan tengah iaitu dengan membuat
perbandingan setiap jenis makanan tradisional dan kesenian tradisional Rao itu
yang telah diamalkan sejak abad ke-2 lagi hingga ke masa ini di Rao, Sumatera
Barat ( kini dikenali sebagai Kabupaten Pasaman yang menjadikan Lubuk Sikaping
sebagai Pusat Pentadbirannya).. Perlu disebutkan di sini bahawa ada petunjuk
yang jelas bahawa orang-orang Rao dari Bukit Barisan, Sumatera itu telah pun
diriwayatkan berkelana ke Semenanjung Emas ini sejak abad ke-5 lagi.
ASAL
USUL NAMA RAUB
Terdapat
beberapa versi mengenai asal usul nama Raub. Perkataan Raub dalam Bahasa Melayu
bermaksud ‘genggam’. Mengikut sejarah, pusat perlombongan ini dinamakan Raub
selepas pelombong-pelombong menjumpai seraup emas pada setiap dulang pasir. Hal
ini dinyatakan dengan menarik oleh J.A. Richardson dalam bukunya, The Geology
and Mineral Resources of the Neighbourhood of Raub Pahang. Menurutnya; "People
found that for every "dulang" of sand there was a handful (raup) of
gold".
Raub menjadi terkenal
pada awal abad ke-20 kerana hasil emasnya. Syarikat lombong emas yang
mengusahakan perlombongan di daerah ini ialah Raub Australian Gold Mine (RAGM)
yang didaftarkan pada 1889 di Queensland, Australia. RAGM juga dikenali sebagai
Raub Gold Mine. Pada awalnya syarikat lombong ini dikenali sebagai Australian
Syndicate Ltd dan kemudian Australian Gold Mining Co. Ltd pada 1892. RAGM
beroperasi sehingga 1961.
Terdapat satu lagi versi
cerita yang menjelaskan asal usul nama Raub ini. Menurut kepercayaan
orang-orang tua daerah ini, Raub telah diteroka dan dibuka dalam kurun ke-18.
Mengikut sumber-sumber yang diperoleh, dua orang pemuda bersama ayah mereka
telah melalui hutan rimba serta menyusuri sebatang anak sungai. Setelah sekian
lama mengembara mereka sampai ke tebat atau tobek (satu kawasan di mana
pengaliran air sungainya disekat atau digelar empang).
Sebaik sampai di situ, si
ayah mengatakan kepada anaknya di situlah tempat yang paling sesuai untuk
berehat. Kelihatan pasir di kiri dan kanan tebat itu amat bersih. Kedua-dua
pemuda itu bersetuju dengan cadangan ayah mereka. Mereka pun mula membuka
kawasan itu. Sekitarnya dibersihkan lalu didirikan sebuah pondok untuk kediaman
mereka. Setiap hari ketiga-tiga beranak itu memasuki hutan untuk mencari rotan,
damar, getah, jelutung dan sebagainya.
Mereka juga memetik pucuk
dedaun yang begitu subur berhampiran tebat untuk dijadikan makanan. Segeralah
ketiga beranak itu meraup pasir-pasir di tebing tebat itu dengan tangan
masing-masing. Setiap kali diraup, setiap kali emas diperoleh. Disebabkan emas
begitu banyak dan terlalu mudah untuk mendapatkannya; hanya menggunakan tangan
untuk meraup, adalah dipercayai mereka menamakan tempat itu dengan gelaran
"RAUB". Sejak itu setiap hari mereka terus meraup emas. Kawasan tebat
yang pertama mengeluarkan emas tadi, sekarang ini ialah di Padang Besar Majlis
Bandaran Daerah Raub. Begitulah mengikut cerita lisan orang tua di daerah ini.
Bagaimanapun, jika gelaran nama Raub lahir daripada kerja meraup emas tadi,
sedikit perbezaan timbul dari segi ejaan. Perkataan meraup emas lahir daripada
kata dasar "Raup" sedangkan "RAUB". Namun begitu,
kemungkinan bahasa daerah itu lebih sesuai digunakan dengan ejaan RAUB dari
‘Raup’.
Terdapat juga pendapat
yang terpencil yang menyatakan asal usul nama Raub adalah berasal daripada
perkataan Rao kerana suku kaum Rao telah mendominasi jumlah penduduk di kawasan
terbabit sehingga digelar sebagai ‘lubuk orang Rao’. Oleh kerana peredaran
masa, sebutan perkataan Rao itu telah bertukar menjadi Raub.
Saya salah seorang yang
berani menafikan bahawa nama panggilan asal Raub itu daripada ‘Meraup’ emas
kerana walaupun banyak emas di kawasan berair dan berpasir di Raub tetapi tidak
benar bila meraup pasir itu kelihatan banyak emas dari pasir kerana bijih emas
ini perlu melalui proses tertentu untuk menjadikannya sebagai logam ‘Emas’.
Apa yang saya yakini
bahawa diriwayatkan ada dua orang, seorang Pakar Geologi dari Jerman dan
seorang lagi Pakar Mineral dan Logam dari Amerika Syarikat yang mula-mula tiba
di sebuah kawasan yang diberi nama Rotan Tunggal. Kedua pakar ini seronok
melihat ramai orang-orang yang sedang mendulang di sebuah kawasan berpaya (
kawasan padang bersetentang dengan Pejabat Majlis daerah Raub sekarang ). Lalu
salah seorang daripadanya bertanya kepada yang menjadi Ketua kepada
pendulang-pendulang itu, siapakah orang-orang yang sedang mendulang itu.
Lalu diberitahu oleh
Ketua pendulang itu bahawa orang-orang yang mendulang itu sebagai Orang-orang
Rao ( sebutannya ‘Raau’ ). Maksudnya pendulang-pendulang emas itu adalah
orang-orang yang datang dari Rao, Sumatera. Lalu pakar dari Amerika Syarikat
itu menyampuk mengatakan bahawa di Indiana di tempatnya juga telah ada pekan
dinamakan dengan Raub kerana ramai hamba yang dibawa daripada Sumatera iaitu
orang-orang Rao. Sejak itulah panggilan Raub itu digunakan hingga menghilangkan
nama asal tempat itu sebagai Rotan Tunggal. Oleh itu saya berkeyakinan bahawa
nama Raub itu berpunca daripada orang-orang Rao yang mendulang emas di kawasan
paya di samping telah membuka kampung seperti Rotan Tunggal, Taranum dan
Kalang.
Daerah
Raub kini adalah salah sebuah dari 11 buah daerah yang terdapat di Pahang.
Daerah Raub terdiri daripada tujuh buah mukim iaitu Batu Talam, Sega, Semantan
Ulu, Dong, Ulu Dong, Gali dan Tras. Raub mempunyai 57 buah kampung tradisional
dan 9 buah kampung baru Cina . Raub berlokasi di sebelah barat negeri Pahang
dan keluasannya ialah 2,271 kilometer persegi, iaitu 6.34% daripada keluasan
Pahang (35,823 kilometer persegi). Raub terletak antara dua buah banjaran,
iaitu Banjaran Titiwangsa dan Banjaran Gunung Benom. Ketinggian Raub adalah 160
meter dari atas paras laut dengan purata suhu tahunan 79.5ยบ dan hujan tahunan
kira-kira 200 sentimeter. Jarak Raub dengan Kuala Lumpur hanya 130 kilometer
dan hanya akan mengambil masa 1½ jam untuk sampai ke bandar Raub melalui Lebuh
raya Kuala Lumpur Karak dan memasuki dan melalui Jalan Laluan Lapan..
MASYARAKAT
RAO DI RAUB
Penduduk
di daerah Raub ketika ini sebagaimana angka banci 2010 terdiri daripada Melayu
seramai 95,100 orang iaitu mendominasi 55 peratus daripada jumlah keseluruhan
penduduk., Orang Cina pada kadar 33 peratus manakala orang India pada kadar 7
peratus. Bakinya terdiri dari lain-lain suku bangsa. Dari sebanyak 95,100 orang
Melayu dalam daerah Raub, dianggarkan kira-kira 33,000 orang terdiri daripada
suku Rao Sejati manakala 43,000 terdiri daripada Rao Persemendaan dengan
Minang, Jawa, Kampar, Banjar, Kerinci dan Aceh menjadikan Raub sebagai Lubuk Orang-orang
Rao ( Rawa ) selepas Gopeng di Perak.
Oleh
itu di kalangan Orang-orang Rao dan persemendaan ini bukan sahaja sebagai
pengamal Agama Islam mazhab Sunnah Wal Jemaah, tetapi mereka memiliki
jenis-jenis makanan yang khas ciri-ciri Rao di samping kesenian yang khas
ciri-ciri Rao, walau bagaimanapun disebabkan landskap budaya yang pengaruh
mempengaruhi, telah berlaku pengubahsuaian terhadap jenis-jenis makanan dan
jenis-jenis kesenian Rao itu sendiri.
MAKANAN
TRADISIONAL RAO DI RAUB
Dalam
tulisan ini ingin saya senaraikan Makanan Tradisional Rao yang masih wujud di
Ranah Rao, Pasaman, Sumatera dan dibandingkan dengan senarai Makanan
Tradisional Rao yang masih menjadi menu makanan Orang-orang Rao Persemendaan di
Raub, iaitu:
Bil.
|
Nama Makanan Tradisional Rao di Rao, Pasaman
|
Nama Makanan Tradisional Rao di Raub
|
1
|
Masak Asam Ikan Keli
|
Gulai Asam Ikan Kalang / Keli / Puyu
|
Anyang Botik
|
|
|
3
|
Gulai Birah
|
|
4
|
Gulai Botik
|
Gulai Betik Muda
|
5
|
Gulai Lomak Rebung
|
Gulai Lemak Rebung
|
6
|
Lasiak Tutuk
|
|
7
|
Rondang Pakih
|
Pindang Pucuk Paku
|
8
|
Asam Lauk
|
|
9
|
Pongat Masin
|
Pengat ( Ubi Kayu, Ubi Keladi, Kemili, Labu, Pisang )
|
10
|
Kueh Gelamei Buloh ( 3 Jenis )
|
Kelamai
|
11
|
Goring Bolut
|
Goreng Belut
|
12
|
Goring Ikan Sepat Ronggeng
|
Goreng Ikan Sepat Ronggeng
|
13
|
Pulut Kontang Dengan Kelapa Mudo
|
Nasi Pulut dimakan bersama kelapa parut dan ikan masin
|
14
|
Gulai Rampai (Rimbang, Jantung Pisang, Pucuk Ubi)
|
Gulai Rampai - Jantung pisang, pucuk ubi, terung pipit, pucuk paku,
terung telunjuk, ubi keledek, petai, dan dauk kaduk ( diperasakan dengan asam
tempoyak atau asam rong.)
|
15
|
Masak Asam Kobau/Daging/Khosa
|
Gulai Rebus ( Jantung, Paru, Limpa, Perut, Hati, Daging, Usus
Kerbau/Lembu )
|
16
|
Gulai Pisang Mudo
|
Gulai Lemak Pisang Emas / Pisang Nangka
|
17
|
Gulai Korumbia Mudo
|
|
18
|
Gulai Duda Bulong Gadung
|
|
19
|
Gulai Lomak Nangko
|
Gulai Lemak Nangka
|
20
|
Samba Karumbia
|
|
21
|
Ponget Lauk
|
|
22
|
Asam Roruong
|
|
23
|
Sagun-sagun
|
Sagun
|
24
|
Ulom Sayur
|
Ulaman ( Pegaga, Serai Kayu, Ulam Raja,
Daun Kaduk, Daun Mengkudu, Daun Putat, Daun Tenggek Burung, Daun Sekentut,
Salon, dan lain-lain )
|
25
|
Robus Ubi / Kolak Ubi
|
Rebus Ubi Kayu / Rebus Ubi Kemili, Rebus
Keledek
|
26
|
Kerabu Pakih Dengan Porut
|
Kerabu Pucuk Paku Dengan Perut / Kerang
|
27
|
Kueh Serabai
|
Kuih Serabai / Lempeng
|
28
|
Lopek Gobu
|
Lepat Pisang, Lepat Ubi Kayu, Lepat Labu
|
29
|
Ponget Pisang Abu
|
Pengat Pisang Kelat Abu / Pisang nangka
|
|
Gulai Keladi Kemahang
|
|
31
|
|
Gulai Siput Sungai
|
32
|
|
Gulai Tempoyak Ikan Patin / Kalang / Baung / Lampam / Kerai / Jelawat
|
33
|
|
Gulai Darat ( Daging Kerbau / Lembu / Kambing )
|
34
|
|
Gulai Asam Rong Ayam kampung
|
35
|
|
Kuih Apam Bokor
|
36
|
|
Masak Sayur Manis Cemperai / Bayam
|
37
|
|
Masak Sayur Manis Kulat Tahun
|
38
|
|
Sambal Hitam ( Lada Burung+Ikan Bilis+Buah Belimbing Buluh yang Rebus ).
|
39
|
|
Sambal Hijau ( Lada Burung+Ikan Bilis+Buah Belimbing Buluh )
|
40
|
|
Sambal Tumis ( Ikan Bilis atau Kerang di campur dengan petai )
|
41
|
|
Pindang Maman / Pucuk Paku
|
42
|
|
Pincuk Bolai / Daun Betik+Bunga Betik / Umbut / Jantung Pisang
|
43
|
|
Cemang Kepayang
|
44
|
|
Bubur Cirit Murai
|
45
|
|
Bubur Kacang
|
46
|
|
Bubur Asyura
|
47
|
|
Serawa Durian ( Di makan bersama nasi
pulut )
|
48
|
|
Bubur Pulut Hitam
|
49
|
|
Emping Padi
|
50
|
|
Kekalu ( dari Padi Muda )
|
51
|
|
Lemang ( Pulut, Jagung, Labu )
|
52
|
|
Dodoi ( Termasuk Dodoi Kukus )
|
53
|
|
Baulu Cermai
|
54
|
|
Pulut Kuning
|
55
|
|
Gulai Umbut Kabung / Kelapa / Bayas
|
56
|
|
Gulai Umbut Batang Pisang
|
57
|
|
Kerabu Jangat ( Kulit Kerbau )
|
KESENIAN
TRADISIONAL RAO DI RAUB
Dalam
tulisan ini ingin saya senaraikan Kesenian Tradisional Rao yang masih wujud di
Ranah Rao, Pasaman, Sumatera dan dibandingkan dengan senarai Kesenian
Tradisional Rao yang boleh ditampilkan untuk dipertunjukkan kepada orang ramai
mengikut suasana budaya masyarakat setempat dalam acara-acara adat atau
majlis-majlis rasmi baik di peringkat kampung, mukim atau daerah di Raub, Pahang
sejak zaman dahulu hingga ke masa kini sebagai ciri khas kesenian tradisional Orang-orang
Rao Persemendaan, iaitu:
Bil.
|
Nama Kesenian Tradisional Rao di Rao,
Pasaman
|
Nama Kesenian Tradisional Rao di Raub
|
1
|
Tarian Rontak Kudo / Onjai
|
Tari Tandak
|
2
|
Seni Tingkah Losung Panjang
|
Seni Tingkah Lesung
|
3
|
Seni Bongsilau ( Kaco Pocah )
|
Seni Pijak Kaca Pecah
|
4
|
Seni Lukah Gilo
|
Tari Lukah
|
5
|
Seni Zikir Rao
|
Ratib Tegak
|
6
|
Seni Bombongan
|
|
7
|
Seni Kobar
|
|
8
|
Seni Kompang
|
Seni Kompang
|
9
|
Seni Tortor
|
|
10
|
Seni Gordang Sembilan
|
Seni Gendang / Tetawak
|
11
|
Seni Musang-Musang
|
|
12
|
Seni Tari Gelombang ( Silat Persembahan /
Silat Pulut )
|
Seni Tari Silat / Silat Pulut
|
13
|
Seni Tidor Di Ateh Duri
|
|
14
|
Seni Gamat Pasar Rao / Bodendak
|
Joget Lambak
|
15
|
Seni Tandang Boinei
|
Seni Berinai
|
16
|
Adat Perkahwinan antara Nogori
|
Adat Perkahwinan Rawa
|
17
|
Adat Turun Memandi
|
Adat Mandi Berlimau
|
18
|
Adat Menjojak Tanah ( Pantang Tanah )
|
Adat Memijak
|
19
|
Adat Menjolang Rajo
|
|
20
|
Adat Markusib
|
|
21
|
Adat Melonjong
|
|
22
|
Adat Merpege-pege
|
|
22
|
Adat Onang-Onang
|
|
23
|
|
Tari Piring
|
24
|
|
Tari Zapin
|
25
|
|
Tari Inang
|
26
|
|
Tari Pedang
|
27
|
|
Adat Merisik ( Nikah Kahwin )
|
28
|
|
Adat Bertunang ( Nikah Kahwin )
|
29
|
|
Adat Berderau / Gotong-royong
|
30
|
|
Adat Melenggang Perut ( Nikah Kahwin )
|
31
|
|
Adat Bertungku ( Nikah Kahwin )
|
32
|
|
Adat Mandi Minyak
|
33
|
|
Seni Silat Bela Diri
|
KATA
PENUTUP
Kesimpulan
yang dapat difikirkan bahawa jenis-jenis makanan tradisional dan kesenian
tradisional yang asal dibawa oleh para perantau Rao baik dari Rao mahupun dari
Pagarruyung telah melalui evolusi lalu berubah mengikut masa, cita rasa dan
suasana budaya masyarakat Rao Persemendaan sejak dahulu hingga ke masa ini.
Didapati pengaruhi mempengaruhi antara budaya kehidupan telah merealisasikan
satu bentuk budaya Rao Persemendaan yang unik, menarik dan amat perlu
dikekalkan dan diamalkan oleh generasi masa kini dan generasi masa depan.
Akhir
kata saya berharap dengan menulis perbandingan antara makanan dan kesenian Orang-orang
Rao di Rao, Pasaman, Sumatera Barat dengan Orang-orang Rao Persemendaan di
Raub, Pahang bukan sahaja dapat menambah khazanah ilmu pengetahuan mengenai
mereka, malah dapat memberi satu pendekatan yang positif dalam Lanskap
kehidupan budaya Orang-orang Rao Persemendaan di Raub ini.
TAMAT
DAFTAR
PUSTAKA
Datoek Toeah. 1976. Tambo Alam Minangkabau. Pustaka Indonesia. Bukit Tinggi.
Graves, E. E. 2007. Asal-usul Elite Minangkabau Modern. Yayasan Obor Indonesia. Jakarta.
Marsden, W. 2008. Sejarah Sumatra. Komunitas Bambu. Depok.
Datoek Toeah. 1976. Tambo Alam Minangkabau. Pustaka Indonesia. Bukit Tinggi.
Graves, E. E. 2007. Asal-usul Elite Minangkabau Modern. Yayasan Obor Indonesia. Jakarta.
Marsden, W. 2008. Sejarah Sumatra. Komunitas Bambu. Depok.
Muhammad Bukhari Lubis, Mohd. Rosli Saludin, Talib Samat
(2009), Rao Di Sana Sini, Jaro Malaysia.
Muhammad Yusof Hashim, Aruna Gopinath ( 1992), Tradisi
Persejarahan Pahang Darul Makmur 1800 – 1930, Tempo Publishing
Buyung Adil (1972), Sejarah Pahang, DBP
Hasyim Awang (1998) Rumpun Melayu Dispora dalam konteks
hubungan Ras. Kuala Lumpur: Universiti Malaya
Khazin Mohd Tamrin dalam DInamika Adat dan Tradisi Merantau di Alam Melayu dalam adat Melayu serumpun. Kuala Lumpur: Universiti Malaya
Undri, (2008) Pusat Dokumentasi Informasi Sejarah-Budaya BPSNT Padang. Padang Ekspres
_____ (2004) Konflik Lahan Perkebunan 1930-1960. Padang: Lipi
Zaffuan Haji Manaf (2007) Bingkisan Sejarah Raub: Rao Dan Pagaruyung Dengan Raub dan Pahang. Kuala Lumpur: Anjung Media Resources
Khazin Mohd Tamrin dalam DInamika Adat dan Tradisi Merantau di Alam Melayu dalam adat Melayu serumpun. Kuala Lumpur: Universiti Malaya
Undri, (2008) Pusat Dokumentasi Informasi Sejarah-Budaya BPSNT Padang. Padang Ekspres
_____ (2004) Konflik Lahan Perkebunan 1930-1960. Padang: Lipi
Zaffuan Haji Manaf (2007) Bingkisan Sejarah Raub: Rao Dan Pagaruyung Dengan Raub dan Pahang. Kuala Lumpur: Anjung Media Resources
Zabidin
Haji Ismail (2012), Biografi Tokoh Rao, Persatuan Karyawan Perak
Wikipedia. Ensiklopedi Bebas. http://wikipedia.org.
Wikipedia. Ensiklopedi Bebas. http://wikipedia.org.
Blog Teromba Rawa: http://terombarawa.blogspot.com
Blog Urang Rao Raub: http://orangrawa.blogspot.com
BIODATA SUBARI AHMAD JAAFAR AR-RAWI
Subari bin Ahmad bin Jaafar
Ar-Rawi atau lebih dikenali dengan nama penanya Arisel BA dilahirkan pada 11
Ogos 1953 di Ladang Selborne, Kuala Lipis, Pahang. Ayahnya Ahmad ( keturunan
Rawa/Banjar) berasal dari Kg Sungai Ruyung, Gali, Raub Pahang, manakala ibunya
Kamsah ( berketurunan Rao/Jawa ) berasal dari Kg Temau, Raub, Pahang. Beliau
mendapat pendidikan rendah dan menengah dari Sekolah Clifford, Kuala Lipis,
Pahang. Beliau antara Graduan Siri
Pertama Pembelajaran Dalam Talian (Internet) Fakulti Bahasa Moden dan
Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) bermula tahun 1999 dan
dianugerahkan dengan Bacelor Komunikasi. Beliau kini telah bersara dari
Perkhidmatan Kerajaan dan menumpu sepenuh masa membuat kaji selidik dan menulis
perihal asal usul dan budaya masyarakat Rao di Raub. Di samping itu beliau
menulis sajak, cerpen, rencana dan novel. Menjadi ahli Persatuan Sejarah
Malaysia cawangan Pahang, ahli JARO Malaysia, Subari juga pernah menjadi
Setiausaha Agung Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) selama 10 tahun
(1983-1993) dan Setiausaha Hari Sastera 1987. Kini beliau sebagai Pegawai
Seranta DPMP di samping menganggotai PENA sejak 1972 sebagai ahli biasa.
No comments:
Post a Comment
KOMEN ANDA