ANAK-ANAK AHMAD JAAFAR AR-RAWI

ANAK-ANAK AHMAD JAAFAR AR-RAWI

Saturday, October 25, 2008

AMBIL YANG JERNIH!

JANJI SHAHIRUDDIN ABD. MOIN:
AMBIL YANG JERNIH!

RAUB – “ Saya memohon maaf secara terbuka atas kesilapan yang mungkin telah saya lakukan selama 15 tahun mentadbir UMNO Bahagian Raub, dan selepas ini marilah kita mengambil yang jernih untuk membawa orang-orang Melayu Raub ke arah kemajuan politik yang cemerlang di masa depan.

“ Anggaplah Persidangan UMNO Bahagian Raub pada tahun ini sebagai mencorak perubahan, perselisihan pendapat dan ideologi peribadi dikuburkan dan kita sebagai pemmpin dan ahli-ahli UMNO akar umbi menganggap beberapa peristewa dalam tempoh setahun ini bagai carik-carik bulu ayam.

“ Selama setahun saya diasak dari kanan, kiri, atas dan bawah, ada menikam saya dari depan dan ramai juga menikam saya dari belakang, namun sebagai pemimpin UMNO, tanggunjawab saya untuk memulih kembali maruah UMNO yang tercalar selepas Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu, “ ucap Datuk Shahiruddin Abd. Moin.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan perasmian dalam Persidangan UMNO Bahagian Raub pada 18 Oktober 2008 yang diadakan di Dewan Jubli, Raub yang dihadiri oleh wakil-wakil dari 60 buah cawangan UMNO.

Menurut beliau, Pilihanraya Umum ke 12 telah mengajar orang-orang Melayu makna sebenar perpaduan bangsa dan berjanji akan mentadbir UMNO Bahagian Raub ke arah yang lebih cemerlang lagi. jika diberi peluang.

Katanya, perubahan akan dibuat selaras dengan pelbagai teguran yang diterima baik dari pimpinan UMNO cawangan–cawangan mahupun dari ahli-ahli UMNO akar umbi, .dan kita kembali bersatu selepas ini kerana jika berterusan bermusuhan, pihak pembangkang yang mendapat untungnya.

Sementara itu dalam pertandingan sengit merebut jawatan-jawatan penting, Shahiruddin berjaya mengekalkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Raub dengan meraih 163 undi menewaskan pencabarnya Datuk Mustaffar Kamal Abdul Hamid yang hanya mendapat 139 undi.

Setiausaha UMNO Bahagian Raub, Abdul Aziz Haji Kiram berjaya dipilih sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Raub apabila mendapat 181 undi menewaskan Datuk Abdullah Abu Bakar yang hanya mendapat 120 undi.

Dipetik dari Mingguan Watan
Bil.9, 26 Okt - 1 Nov 2008

No comments:

Post a Comment

KOMEN ANDA