PERKISAHAN SEJARAH RAWA RAUB:
HUBUNG KAIT KETURUNAN RAJA DARI PAGARRUYUNG
DENGAN KESULTANAN PAHANG MODEN
Sebagaimana
yang dicatatkan oleh Ayahanda Imam Ishak sebagaimana hubung kait waris
keturunan Raja Ahmad ibni Datuk Bendahara Putih Tuan Titah ke-10, Sungai Tarab,
Pagarruyung adalah seperti berikut:
Diriwayatkan
bahawa Yamtuan Raja Pangkat 1 @ Datuk Bendahara Putih Tuan Titah Ke-10 yang
juga Orang Besar Anggota Dewan Besar Empat Balai Kerajaan Pagarruyung bergelar
Tuan Titah Sungai Tarab yang merangkumi Gunung Merapi dan Gunung Singgalang di
ranah Minangkabau, Sumatera berasal daripada keturunan Raja Pagarruyung dari
jurai keturunan Yamtuan Raja Berkilap Alam @ Yamtuan Raja Gara @ Raja Bagewang
3 @ Datuk Bendahara Putih Ke-7 @ Sultan Alif Khalifatullah Fil Alam 1 telah
memperoleh seorang putera sekitar tahun 1683 Masihi dan diberi nama Raja Ahmad.
Tok
Prak @ Raja Ahmad berkahwin dengan Tok Mikrah. Apabila siap hutan dipugar,
pengikut-pengikut Tok Prak pun membina rumah pisang sesikat, sebahagian di
Sengkela, Raub dan sebahagian lagi di Gesing, Raub. Isteri Tok Prak yang
bernama Nuriah itu memilih untuk membina rumah dan menetap di Gesing, Raub
bersama anak-anaknya.
Di
sini jugalah sekitar tahun 1756 Masihi, Tok Prak yang berusia 73 tahun beroleh
isterinya yang kedua bernama Mikrah iaitu anak jati Kampung Terap, Budu, yang juga masih berketurunan Datuk Kaya
Ibrahim Terap, Budu, Lipis. Jurai keturunan Tok Mikrah ini ialah Tok Mikrah
anak Tok Kaya Busu anak Tok Kaya Chandak anak Tok Kaya Ibrahim yang bernikah
dengan Tok Di Padang anak Hang Semaun anak Hang Tuah. Bermula dari sinilah
terjalinnya ikatan kekerabatan yang amat dekat lagi meluas dalam kalangan
penduduk Hulu Pahang yang bertebaran di semua mukim dan kampung-kampung dalam
daerah Raub dan Lipis bahkan merebak hingga ke Jerantut dan Temerloh melalui
ikatan perkahwinan generasi terkemudian.
Daripada
perkahwinan ini Raja Ahmad @ Tok Prak beroleh tiga orang anak iaitu Pandak
Lena, Fatimah dan Kulop Mat Daham.
Tok
Pandak Lena berkahwin dengan seorang perempuan, orang Temau mendapat anak
seorang perempuan hanya diketahui panggilannya Tok Ne bernikah dengan Tok
Dagang Buyut. Hasil pernikahan itu memperoleh zuriat anak lelaki diberi nama
Tok Dagang Busu.
Tok
Dagang Busu bernikah dengan Siti Mas atau Tok Timah mendapat anak yang diberi
nama Aishah dan membesar di Temau. ( Zaman dahulu Temau itu adalah wilayah
Mukim Dong Sekarang).
Aishah
adalah anak yang bongsu. Antara adik beradik kepada Aishah ini ialah Maisusah,
Hajah Mandaliah yang bernikah dengan Panglima Perang Yusuf, Minyah, Habsah, dan
Chapah.
Aishah
telah berkahwin dengan DYMM Sultan Abdullah ibni Almarhum Sultan Ahmad Al-Muadzam
Shah ( Sultan Ahmad 1 ) dan mendapat zuriat yang diberi nama YM Tengku Abdul
Hamid ibni Sultan Abdullah.
YM
Tengku Abdul Hamid bernikah dengan Che Puan Hasnah binti Abdullah dan mendapat
zuriat yang ramai iaitu Tengku Azman, Tengku Kamaruddin, Tengku Nur, Tengku
Ainun, Tengku Rohana, Tengku Rusmina, Tengku Roslin, Tengku Ruslan, Tengku
Rozita. Tengku Rohanum, Tengku Rosli, Tengku Rosida dan Tengku Rosdan.
Saya
sedang menjejak anak-anak YM Tengku Abdul Hamid ini berkahwin dengan siapa dan
nama isteri/suami serta anak-anak mereka. Sesiapa yang tahu jurai keluarga
besar ini boleh inbox dalam fesbuk saya.
Saya
mohon ampun maaf jika ada kesilapan nama dalam perkisahan ini. Ini jelas
perkaitan warisan Kesultanan Pahang Moden dengan waris keturunan Raja Ahmad @
Tok Prak dari Sungai Tarab, Pagarruyung.
Sekian,
terima kasih.
No comments:
Post a Comment
KOMEN ANDA