ANAK-ANAK AHMAD JAAFAR AR-RAWI

ANAK-ANAK AHMAD JAAFAR AR-RAWI

Sunday, July 26, 2009

Jaro disaran bukukan hasil kajian orang Rawa



Jaro disaran bukukan hasil kajian orang Rawa
Sinar Harian 25 Julai 2009

TANJUNG MALIM – Persatuan Jalinan Rao Malaysia (Jaro) disaran membuat kajian mengenai suku kaum Rao atau Rawa untuk dibukukan supaya dapat dijadikan rujukan generasi kini dan akan datang.

:Presiden Badan Warisan Malaysia, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, bagi memupuk identiti orang Rawa, kita hendaklah sedikit sebanyak mengetahui sejarah, budaya, loghat dan sumbangan mereka.

:“Sekiranya sesebuah keluarga itu mengakui sebagai keluarga Rawa, maka wajarlah mereka menggunakan panggilan Rawa seperti emak dipanggil ‘omak’ atau kadangkalah dipanggil ‘ondaik’, datuk lelaki dipanggil ‘ninik’, manakala nenek perempuan dipanggil ‘uci’,” katanya pada majlis perasmian Seminar Melayu Rao Malaysia di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), semalam.

“Saya juga mencadangkan kepada Jaro supaya diterbitkan sebuah ensiklopedia yang menerangkan sejarah, budaya, kisah keperwiraan dan legenda orang Rawa," katanya yang turut memberi sumbangan sebanyak RM23,500.

1 comment:

  1. saya adalah salah seorang yg berketurunan rawa.saya setuju jika kajian tentang org rawa dibukukan kerana masih ramai lagi yg tidak tahu tentang kaum rawa ini.sehingga ada yg mengaggap rawa sama dengan jawa....

    ReplyDelete

KOMEN ANDA