ANAK-ANAK AHMAD JAAFAR AR-RAWI

ANAK-ANAK AHMAD JAAFAR AR-RAWI

Sunday, November 16, 2008

Kerajaan Barisan Nasional Melanggar Semangat Federalisme

Kerajaan Barisan Nasional Melanggar Semangat Federalisme

TEMERLOH – Pas menganggap campur tangan Kerajaan Pusat telah melanggar semangat federalisme dan gagal menghormati demokrasi yang di amanahkan oleh rakyat melalui Pilihanraya di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sebagai contoh Kerajaan Pusat tidak perlu campur tangan dalam urusan pelantikan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kerana ia adalah di bawah kuasa kerajaan negeri.

Menurutnya, akibat pelanggaran semangat itu, negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat seperti di Kelantan, Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang berhadapan dengan pelbagai masalah.

“Urusan pelantikan JKKK sama seperti pelantikan pihak berkuasa tempatan (PBT) dikendalikan kerajaan negeri.

“Ini satu perbuatan yang melanggar sistem demokrasi dan bertentangan dengan perlembagaan. Kerajaan Barisan Nasional melanggar semangat federalisme,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Ijtimak Bersama Pimpinan Pakatan Rakyat di Kerdau dekat sini, baru-baru ini.

Kata Abdul Hadi, selain itu beliau mengambil contoh bayaran berkapital yang perlu dibayar Kerajaan Pusat dua kali setahun kepada kerajaan negeri juga dilanggar seperti apa yang berlaku di kalangan negeri-negeri dikuasai Pakatan Rakyat.

“Masalah ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa lewat membayar gaji kakitangannya dan urusan opentadbiran harian yang lain termasuk lojistik,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai memberi contoh kenyataannya yang menganggap negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat menghadapi kesukaran kerana Kerajaan Pusat sengaja melanggar semangat tersebut.

Dipetik dari Mingguan Watan
Bil.12, 16 - 22 November 2008

No comments:

Post a Comment

KOMEN ANDA