ANAK-ANAK AHMAD JAAFAR AR-RAWI

ANAK-ANAK AHMAD JAAFAR AR-RAWI

Wednesday, September 17, 2008

UMNO RAUB BERGEGAR!:

UMNO RAUB BERGEGAR!: PERTARUNGAN PENGARUH ANTARA KUMPULAN ASAM BELIMBING DENGAN ASAM ROM

RAUB - Pertarungan pengaruh antara Kumpulan Asam Belimbing dengan Kumpulan Asam Rom mula menggegarkan kepimpinan beberapa tokoh dalam UMNO Bahagian Raub.

Ini jelas dapat dilihat apabila 57 buah cawangan UMNO telah selesai mengadakan persidangan masing-masing dimana berlaku pertandingan bila cawangan mahu menentukan tokoh mana yang akan menerajui UMNO Raub tiga tahun akan datang.

ADUN Dong, Dato Shaharuddin Abd. Moin dijangka dicabar dalam pertarungan satu lawan satu dimana beliau akan mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian dalam Persidangan UMNO Bahagian Raub tidak lama lagi.

Pencabar Shaharuddin adalah Dato Mustafakamal Abdul Hamid yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Raub dengan mewar-warkan beberapa isu yang mampu menggugat.

Dipetik dari Mingguan Watan
Bil.3/2008 - 7 - 13 September 2008

1 comment:

  1. Assalamualaikum...
    Saya ada ambil gamabar masa mesyuarat umno bahagian Raub.
    Lihat blog saya.Seronok baca blog saudara.Datuk saya orang Rawa juga.
    Asal Kampung Pintu Padang.

    ReplyDelete

KOMEN ANDA