ORANG RAO RAUB
DAN PERAK:
CERITA DI
SEBALIK JENDELA
Oleh
Zabidin Hj
Ismail
Pengenalan
Asal-usul orang Rao ialah dari Champa. Mereka adalah suku
bangsa Lubu atau ras
Mongolite yang
menyeberang ke Sumatera dalam dua gelombang iaitu;
i. Pada abad
ke-2Masihi yang mendarat di muara Sungai Batang Toru terus bergerak ke
pedalaman Sumatera seperti Sipirok, Padang Lawas dan Tapsel[1][1].
ii. Pada abad
ke-6 Masihi yang datang melalui Selat Melaka masuk ke muara Sungai Rokan atau
Sumpu, kemudian mudik dan mendarat suatu tempat yang dinamakan Lubuk Godang.
Di
Lubuk Godang atau Ranjau Batu (Kecamatan Mapat Tunggul pecahan dari kecamatan
Rao), suku Lubu membuka kampung dan ladang. Ketika meneroka belantara, mereka
bertemu dengan orang asli yang tinggal di pedalaman Sumatera yang disebut
sebagai suku Leco. Suku primitif ini belum mengenal pakaian dan makanan
bermasak. Bentuk tubuhnya rendah; tidak lebih dari satu meter tetapi mengikut
keterangan masyarakat setempat, mereka sangat kuat dan dapat membalik-balikkan
batu-batu yang besar melebihi saiz tubuhnya. Suku Leco hidup berkelompok dan
berpindah-randah di serata Pasaman Barat, Madina, Pasir Pongoraian, Rokan, Jambi
dan tempat lain di pedalaman Sumatera.
Ada juga
pendapat mengatakan bahawa Mandailing di Sumatera Utara pun berasal dari suku
Lubu. Hal ini bersandarkan teori yang mengatakan suku Lubu sampai ke Sipirok
dan Padang Lawas dan mereka menamakan daerah tersebut dengan nama Mandailing
dan Koto Pungkut yang akhirnya berubah menjadi Huta Pungkut.
Ini bererti
orang Mandailing, Sipirok, Padang Lawas dan sekitarnya bukanlah berasal dari
Batak seperti dakwaan umum sebaliknya adalah suku Lubu. Hal ini berpadanan
dengan sejarah Kerajaan Haru dan Panai bahawa kedua kerajaan ini disebut
kerajaan Melayu bukan kerajaan Batak. Apatah lagi kerajaan ini menggunakan
bahasa Melayu yang seakan-akan bahasa Rao.
Kenyataan ini
diperkukuhkan dengan penghijrahan sebahagian suku Lubu di Rao ke Sumatera Utara
mencari tanah subur melewati Mandailing, Sipirok dan Padang Lawas bertujuan
untuk bertani. Justeru suku Lubu yang sampai ke situ pada abad ke- 2 bergabung
dengan suku Lubu yang datang dari Rao dan akhirnya mereka bergerak ke Aceh
melalui pantai timur Sumatera kecuali daerah Tapanuli Utara yang telah sedia
didiami oleh orang Batak dan daerah Aceh Gayo yang didiami oleh orang Batak
Gayo.
Pergerakan suku Lubu ke arah selatan pula melalui Agam,
Tanah Datar, Painan, Jambi, Bengkulu kecuali daerah Danau Rangau yang terlebih
dahulu didiami oleh bangsa Batak Rangau. Manakala ke arah timur mereka sampai
ke Rokan, Dalu-dalu, Pasir Pongoraian, Pantai Timur dan Kepulauan Riau serta ke
arah barat pula, mereka sampai ke pesisir pantai barat seperti Air Bangis,
Natal, Sibolga, Barus dan Singkil.
Demikianlah bentuk pergerakan suku Lubu di Sumatera. Di
Rao keberadaan mereka lebih dominan dan menyerlah dengan terbukti banyak nama
tempat berasal daripada perkataan “lubu” seperti Lubuk Godang, Lubuk Layang,
Lubuk Sikaping dan sebagainya di samping kewujudan candi atau artifak di Padang
Nunang, Tanjong Medan dan di Koto Rao.
Lokasi strategik
Rao terletak di
jantung Sumatera. Ia dahulu kala dikenali sebagai daerah yang menghasilkan emas[2][2], beras, kerbau, kopi dan rempah
menyebabkan para pedagang dari India, Arab, China dan Indo China datang ke Rao
melalui Sungai Rokan atau Sungai Sumpu untuk berniaga dan bertukar-tukar barangan.
Melalui
perdagangan ini, Islam masuk ke bumi Rao pada awal abad ke-15 oleh pedagang
dari Melaka dan Aceh. Saudagar-saudagar ini datang ke Rao untuk berniaga kain,
permaidani, porselen, minyak wangi dan lain-lain, sedangkan dari Rao mereka
membeli emas, beras, kerbau, kopi dan rempah untuk dibawa pulang.
Pedagang
dari Melaka masuk ke Rao melalui Bagan Siapi-api (Riau) mudik Sungai Rokan lalu
ke Choronting, manakala pedagang dari Aceh masuk ke Rao melalui pelabuhan
Katiagan di pantai barat Sumatera. Dari Katiagan mereka ke Kinali, Ladang
Panjang, Kumpulan, Bonjol, Lubuk Sikaping, Panti terus ke Rao.
Menurut
orang tua-tua, dahulu kala Kota Rao bernama Kota Tinggi terletak di empat
persimpangan jalan iaitu ke Sumatera Utara, ke Air Bangis, ke Riau dan ke Agam.
Manakala Lembah Rao pula mempunyai penduduk ramai sekali kerana ia merupakan
pusat perdagangan dan perkembangan agama Islam[3][3].
Apabila Melaka ditewaskan
oleh Portugis di bawah pimpinan Alfonso De Albuquerque pada tahun 1511, para
pedagang Islam mengalih perdagangan ke Teluk Banten kerana enggan berniaga
dengan orang Eropah. Namun demikian, kapal-kapal dagang mereka selalu dihalang
dan dipaksa ke Melaka tetapi secara bersembunyi mereka berdagang pula di pantai
barat Sumatera.
Bagi menjaga keamanan di pantai barat Sumatera, Kerajaan
Aceh meletakkan armadanya berkawal dan mengawasi kawasan perdagangan itu.
Akhirnya pada awal abad ke-19 sebahagian Pasaman dikuasai oleh Kerajaan Aceh.
Serentak dengan itu, Islam berkembang pesat di Rao termasuk dengan kemunculan
ulama-ulama tariqat dengan berbagai aliran seperti satari, zamani dan Naqsyabandiah.
Semenjak itu, kegiatan bersuluk atau berkhalwat kian berkembang sehingga ke
hari ini.
Asal Nama Rao
Letnan
H. Bahar, Pengkaji Sejarah Rao yang berasal dari Ton-Toruang berpendapat bahawa
nama Rao berasal daripada bahasa Lubu iaitu manggarao
yang bererti bertelanjang. Mitos kemunculan perkataan manggarao ini dikatakan sewaktu suku Lubu mendarat di Lubuk Godang
mereka ternampak orang asal kepulauan Sumatera yang dikenali sebagai suku Leco
bertelanjang bulat sedang menangkap (mengalah) ikan di Sungai Sumpu. Lantas
orang Lubu menamakan suku Leco itu sebagai orang Manggarao dan kawasan yang
mereka terokai digelar pula sebagai daerah Manggarao. Perkataan Manggarao ini
lama kelamaan berubah akibat peredaran zaman dan akhirnya dipendekkan menjadi
Rao.
Rao atau Rawa
Istilah Rawa
merujuk kepada satu etnik suku bangsa Melayu yang berasal dari daerah Rao di
Sumatera. Perkataan Rawa hanya
popular di Makkah dan Malaysia. Ia kurang dikenali di Rao. Wan Mohd Shaghir
Abdullah (Utusan Malaysia: 19.3.2007)
berpendapat bahawa istilah Rawa di
Malaysia bermula daripada Haji Abdullah Nordin ar-Rawi yang mengasaskan
syarikat percetakan dan penerbit Persama
Press tahun 1921 di Lebuh Aceh, Pulau Pinang. Anak beliau bernama Haji
Yusuf bin Abdullah tersohor dengan gelaran Yusuf
Rawa (1922-2000) yang pernah menjadi wakil Malaysia ke Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), sebagai duta ke Iran, Iraq, Afghanistan dan Turki.
Pada asalnya disebut ar-Rawi
mengikut istilah Arab yang bermaksud dibangsakan kepada ”Rao” tetapi lama
kelamaan menjadi ar-Rawa yang
menunjukkan asal seseorang itu iaitu dari Negeri Rao di Sumatera Barat. Namun
demikian, tidak terdapat dalam sejarah yang menceritakan orang-orang Rawa yang
menuntut atau menetap di lain-lain negeri atau negara menggunakan perkataan Rawa atau Rawi dicantumkan pada akhiran nama mereka.
Penggunaannya juga dianggarkan bermula di sekitar awal
abad ke-19 khususnya sewaktu aktiviti pengajian Islam sedang berkembang pesat
di Makkah. Juga tidak dapat dipastikan penggunaan ar-Rawa pada akhir nama seseorang itu bermula di Tanah Melayu atau
Makkah. Walau bagaimanapun, mengikut catatan sejarah terdapat seorang syeikh
terakhir di Makkah di kalangan orang Rawa bernama Syeikh Jamal Rawa yang
menggunakan perkataan tersebut.
Hubungan Rao dengan Pagarruyung
Kerajaan Pagarruyung mula didirikan pada 1347 Masihi. Ia
diasaskan oleh pembesar-pembesar adat bekas Kerajaan Sriwijaya yang terletak di
Batu Sangkar dengan menamakan kerajaan tersebut “Pagarruyung” sebagai satu
kawasan autonomi menandakan had kuasa hanya lingkungan dalam pagar istana.
Ekoran sokongan kerajaan ini kepada Belanda, Raja Alam
Pagarruyung terakhir bernama Bagagar Shah telah dilantik sebagai wakil Belanda
bergelar Regent Tanah Datar. Asalnya
sebelum Belanda menjajah, tuan Pagarruyung tidak ada kuasa politik sebaliknya
selepas Belanda berkuasa di Sumatera, baharulah berbagai anugerah diberi kepada
kerabat Pagarruyung termasuk perluasan wilayah.
Justeru itu, di antara Rao
dengan Pagarruyung tiada perhubungan langsung kecuali Padang Nunang. Pada suatu
ketika semua daerah di Rao memiliki raja masing-masing kecuali Padang Nunang.
Akhirnya disepakati oleh pembesar-pembesar adat di Padang Nunang dengan
mengambil putera raja Pagarruyung untuk ditabalkan sebagai raja Padang Nunang.
Ditakdirkan
Allah S.W.T berjayalah mereka membawa pulang seorang putera raja dengan menaiki
gajah dan sebaik tiba di Padang Nunang, putera itu pun ditabalkan sebagai Raja
Padang Nunang dan bersemayam di singgahsana yang dibina khas. Adat hamba
mengangkat sembah; adat raja menerima sembah. Tetapi putera itu tidak tahan
daulat lalu muntah-muntah dan tercirit-birit.
Maka berkatalah
pawang bahawa putera raja itu bukanlah anak raja tulen sebaliknya orang biasa.
Telahan pawang itu lagi, anak raja yang sebenarnya masih berada di istana
Pagarruyung menyamar sebagai hamba raja bagi mengelakkan dirinya “diambil” oleh
orang-orang Rao.
Setelah
mendapat penjelasan pawang, orang-orang Rao sekali lagi berangkat ke
Pagarruyung dan kali ini berjaya dalam misi mereka untuk mendapatkan seorang
putera raja yang tulen dan lantas digelar Yam Dipertuan Padang Nunang. Setiba
di Padang Nunang terus dirajakan mengikut adat Rao lalu baginda bersemayam di
istana dan kemudiannya dikahwinkan dengan puteri Padang Nunang. Setelah
memperoleh puteri, baginda pun pulang ke Pagarruyung seorang diri.
Beberapa tahun
selepas kepulangan Yam Dipertuan Padang Nunang ke Pagarruyung, puterinya pun
berkahwinlah dengan beberapa orang lelaki termasuk dengan kenamaan Rao. Pertama
kali berkahwin, suaminya sakit lalu meninggal dunia. Kemudian puteri itu
berkahwin lagi; mati juga kesudahan suaminya sehinggalah dia telah menikah
dengan tujuh orang; kesemuanya meninggal dunia.
Dan
ditakdirkan Allah S.W.T puteri itu berkahwin pula untuk kali ke lapan dengan
seorang ulama yang berasal dari Choroting, Rao. Namun begitu, ulama ini hanya
sempat mengandungkan puteri tersebut. Apabila genap tiga bulan mengandung,
ulama itu menceraikan isterinya seraya berkata; “Aku yang kuat beramal kepada
Allah S.W.T pun alah kepada mu, inikan pula orang biasa.”
Sebenarnya,
ulama itu telah menyedari bahawa dirinya sudah dihinggapi tulah dan matanya
mula beransur menjadi hijau. Sebaik sahaja dia menceraikan isterinya tiba-tiba
penyakitnya sembuh seperti sedia kala dan berkatalah ulama itu; “inilah kuasa
Allah Taala.”
Enam bulan
kemudian janda ulama itu melahirkan anak lelaki dan diberi nama Marah Sani.
Anak ini dikatakan memiliki daulat. Barang siapa yang melintas di hadapannya
tanpa meminta izin akan muntah taik. Untuk kembali sedia kala; penawarnya ialah
terpaksa minum air tapak kaki Marah Sani.
Adalah
dipercayai kelahiran Marah Sani disambut dengan “adat pantang tanah” justeru
itu keturunan Marah Sani sehingga sekarang masih lagi mengamalkan adat tersebut
kerana dengan kehendak Allah jua, jika ditinggalkan akan mendatangkan mudarat
kepada kanak-kanak yang dalam tempoh berpantang iaitu kira-kira 13 purnama atau
sehingga kanak-kanak itu pandai berjalan dan pantang tersebut terbatal apabila
kanak-kanak sudah berjojak atau
bertatih[4][4].
Oleh yang demikian hubungan Rao dengan Pagarruyung adalah
berpunca daripada kisah klasik ini. Justeru keturunan Padang Nunang di Rao
memang ada pertalian darah dengan kerabat Pagarruyung di Batu Sangkar.
Misalnya, kebanyakan masyarakat Rao di Raub Pahang mempunyai tali keturunan
dengan Pagarruyung sebaliknya masyarakat Rao Gopeng, Tapah dan sebagainya tiada
kaitan langsung kerana mereka bukan berasal dari Padang Nunang melainkan dari
Langgung, Sungai Ronyah, Padang Matinggi, Langsat Kadap, Lubuk Hijau, Lubuk
Layang dan sebagainya.
Hubungan
simbiosis Tokoh Rao Raub dan Perak
Hubungan
simbiosis dalam kalangan masyarakat Rao berlaku melalui satu konsep yang
dinamakan “merapatkan saudara”. Kata kunci “urang awak” yang ditujukan kepada
seseorang kenalan itu, menjadikan masyarakat Rao mencipta persahabatan dengan
mudah serta mesra sehinggakan ada kalanya begitu erat dan intim bagaikan sebuah
keluarga.
Konsep merapatkan saudara acap kali berlaku apabila
bertembung sesama mereka walaupun pada peringkat awal perkenalan, saling tidak
mengenali di antara satu dengan yang lain. Namun apabila mereka bertegur sapa,
lebih-lebih lagi menggunakan dialek Rao, proses merapatkan saudara akan bermula
dan secara tidak langsung “persahabatan” akan bertambah erat atau intim ketika “borandai” (berbual/bercakap-cakap)
tentang perkara-perkara seperti keturunan, teromba atau asal usul kampung di
Rao. Setelah wujud keintiman lahirlah sebutan “urang awak” bermaksud saudara
kita atau seketurunan.
Hakikatnya apabila proses “merapatkan saudara” itu
menjadi mantap, beberapa gelaran kehormatan dalam masyarakat Rao akan digunakan
terhadap kenalan baru itu. Misalnya, kalau lelaki agak berumur akan dipanggil “mamak” bererti bapa saudara. Jika anak
dara dipanggil “upik” manakala lelaki
bujang dipanggil “buyung”.
Begitulah cara
masyarakat Rao merapatkan saudara. Walau bagaimanapun nilai-nilai
kemasyarakatan Rao kini kian luntur akibat sebahagian besar orang-orang Rao
tidak lagi mampu bertutur dialek asli mereka.
Demikian juga dengan masyarakat Rao Pahang didapati menjalin perhubungan dengan masyarakat Rao
Perak berasaskan enam faktor utama iaitu melalui perkahwinan, kekeluargaan,
kepahlawanan, politik, keagamaan dan penerokaan penempatan baru. Hal ini dapat
dijelaskan seperti berikut;
1. Perkahwinan
Perkahwinan dalam kalangan masyarakat Rao Pahang dengan
Perak lumrah berlaku kerana untuk memanjangkan pertalian keluarga. Perkahwinan
di antara Rao Pahang dengan Perak bukan hanya membabitkan tokoh malahan
golongan marhaen. Misalnya, Raja Ahmad@ Tok Prak antara tokoh penting dalam
penerokaan beberapa buah kampung di Raub menikah dengan orang Rao Sungkai,
Perak bernama Nuriah (1728 Masihi)[5][5].
2. Kekeluargaan
Pertalian keluarga antara masyarakat Rao Pahang dengan
Perak merupakan bukti konsep merapatkan saudara menjadi kelaziman dalam
kehidupan orang-orang Rao. Walaupun mereka tinggal berjauhan tetapi tali
kekeluargaan tersimpul rapi. Mereka sering berkunjung atau bertandang di antara
satu dengan lain terutama ketika mengadakan kenduri-kendara, kematian dan
sebagainya. Ini bermakna keluarga berjauhan tidak semestinya hilang
perhubungan, sebaliknya dieratkan dengan kunjung-berkunjung dalam kalangan
mereka. Tokoh Rao Pahang iaitu Mohd Taib bin Santan @ Pawang Nong , Pembuka Ulu
Cheka, Jerantut, Pahang yang juga seorang pawang diraja, walaupun dilahirkan di
Pahang pada 1874 tetapi ibunya, Bon berasal dari Kg Gunung Mesah, Gopeng,
Perak.
Begitu juga Tan Sri Sallehudin Mohamed, mantan Ketua
Setiausaha Negara (1984-1990) meskipun dilahirkan di Raub, Pahang tetapi
mempunyai seorang abang bernama Zakaria yang menetap di Gopeng, Perak, malahan
beliau pernah mendapat pendidikan awal di Gopeng sebelum ke Universiti Malaya,
Singapura.
Dua contoh di atas membuktikan bahawa pertalian keluarga
merupakan antara faktor penting dalam hubungan masyarakat Rao di antara
kedua-dua negeri itu berkekalan sehingga ke hari ini.
3. Kepahlawanan
Menuntut ilmu persilatan dan perubatan tradisional Melayu
khususnya, menyebabkan seseorang itu merantau dan berhijrah. Dalam masyarakat
Rao hal ini juga lazim berlaku terutama dalam kalangan tokoh mereka. Mat Kilau,
pahlawan Rao Pahang umpamanya, dikatakan pernah menyeberangi Banjaran
Titiwangsa dari Raub ke Hulu Slim, Perak terus ke Sungkai untuk menimba ilmu
persilatan.
Begitu juga Kulup Mat Diah @ Long Mat Piah watak utama
dalam Siri Bercakap dengan Jin (SBDJ)
karya Tamar Jalis[6][6]
dari Beruas, Perak pernah berguru dengan Pawang Nong di Jerantut, Pahang
mempelajari ilmu menundukkan jin. Dalam SBDJ siri ke-20 bertajuk Memburu Raja Pukau diceritakan bagaimana
Kulup Mat Diah ke rumah Pawang Nong dengan meredah belantara dari Lanchang,
Cameron Highlands ke Jerantut dan dia bermalam seminggu di rumah Pawang Nong.
Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 1960-an sewaktu empangan Jor di Batu 16
Jalan Pahang-Tapah sedang dalam pembinaan[7][7].
4. Politik
Arena politik tanah air turut dimeriahkan oleh
tokoh-tokoh Rao. Misalnya, pertandingan merebut jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia
di antara Dato’ Dr Siti Zaharah Sulaiman (Rao Pahang) bekas Menteri Perpaduan
Negara dan Pembangunan Masyarakat (2008) dengan Tan Sri Rafidah Aziz (Rao
Perak) bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa (1987) pada tahun 1996
menyaksikan kekalahan tokoh Rao Perak (penyandang 1984-1996) di tangan tokoh
Rao Pahang dengan majoriti 27 undi. Walau bagaimanapun pada tahun 2000 Tan Sri
Rafidah Aziz pula menang menewaskan Dato’ Siti Zaharah Sulaiman dengan majoriti
12 undi.
Nyata sekali kehebatan kedua-dua tokoh Rao tersebut telah
mewarnai persada politik negara yang memperlihatkan bahawa kewibawaan mereka
dalam kepimpinan serta mempengaruhi perwakilan cukup meyakinkan serta
mempertingkatkan imej Rao itu sendiri.
5. Keagamaan
Tokoh agama Rao iaitu Imam Ishak Muhamad Arif, Kadam
Tareqat Naqsyabandiah Khalidiah dan Perintis Teromba Rao yang dilahirkan di
Chemor, Perak pada tahun 1908 berpindah ke Kg. Temau, Raub, Pahang pada tahun
1915. Penghijrahan beliau ke Pahang telah melebarkan pengajian agama dengan
beberapa orang ulama sehingga Imam Ishak ditauliahkan sebagai imam Masjid
Kariah Lechar, Raub oleh Sultan Abu Bakar.
6. Penerokaan penempatan baru
Penerokaan
penempatan baru turut melibatkan tokoh Rao. Penerokaan ini telah memantapkan
lagi hubungan masyarakat Rao di antara Pahang dan Perak. Hal ini terbukti
apabila Ketua orang Rao Kg. Gali, Raub, Pahang iaitu Dato’ Haji Mustapha bin
Raja Kamala telah berhijrah dan membuka Tanjong Malim sekitar tahun 1870-1871.
Kemudian tokoh ini dilantik sebagai Penghulu Tanjong Malim sekali gus menjadi
ketua masyarakat Rao di sekitar Ulu Bernam dan Kalumpang di Selangor.
Penentangan
Tok Gajah[8][8],
Dato’ Bahaman dan Mat Kilau terhadap campur tangan Inggeris ke atas hal ehwal
politik Pahang sekitar tahun 1891-1895 telah mencetuskan peperangan hebat.
Kekalahan di pihak pribumi menyebabkan beberapa orang keluarga Mat Kilau
melarikan diri ke Perak. Sampai di Perak mereka meneroka hutan belantara untuk
dijadikan kampung dan ladang.
Hal
ini terjadi kepada Monik dan adik-beradiknya yang lari dari Pahang terus
menerusi Raub-Hulu Slim ke Tapah. Beliau seorang wanita dikatakan membuka hutan
di Tapah dari pasar hingga ke balai polis sekarang walaupun ketika itu Tapah
telah dibuka oleh Tok Tua Sakti yang juga tokoh Rao dari Sumatera Barat. Monik
dikatakan pernah berkahwin dengan Ngah Ibrahim dan telah mendirikan sebuah
rumah berhampiran masjid jamek Tapah. Rumah itu masih ada lagi tetapi kini
telah dimiliki oleh orang lain[9][9].
Penutup
Sesuatu
peristiwa itu berlaku ekoran daripada sebab dan akibat. Demikianlah apa yang
terjadi tentang hubungan simbiosis masyarakat Rao Pahang dengan orang Rao Perak
adalah disebabkan beberapa faktor yang dinyatakan seperti di atas. Inilah
antara contoh bahawa hubungan orang-orang Rao Pahang dan Perak cukup intim dan
di sebalik sesuatu peristiwa itu, hadir pula pelbagai kisah yang tersendiri
yang seharusnya dikaji dengan mendalam untuk rujukan generasi Rao akan datang.
Bibliografi
Abdullah Zakaria Ghazali, “Perak
1651-1955: Satu Tinjauan Mengenai Perjuangan Orang Melayu” dlm. Adnan Haji
Nawang (Peny.) 1988. Perak Dahulu dan
Sekarang. Kuala Lumpur: Muzium Negara
A Samad Ahmad (Peny.)1979. Sulalatus Salatin. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Buyung Adil 1972. Sejarah Pahang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Ibrahim Shah, “Bongai atau Rentak Kuda”
dlm. Norazit Selat (Editor) 1990. Negeri
Sembilan Dahulu dan Sekarang. Kuala Lumpur: Muzium Negara
Iskandar Kemal 2009. Pemerintahan Nagari Minangkabau dan
Perkembangannya; Tinjuan Tentang Kerapatan Adat. Yogyakarta: Graha Ilmu
Jari Basurek 2009. Sekondakhati. Jitra, Kedah: Altacom Sdn Bhd.
Marsden, W 2008. Sejarah Sumatra. Yogyakarta: Komunitas Bambu Depok
Muhamad Bukhari Lubis, Mohd Rosli
Saludin dan Talib Samat 2009. Rao di sana
sini. Kuala Lumpur: Persatuan Jalinan Jaro Malaysia (JARO
Subari Ahmad Jaafar ar-Rawi 2012. “Raja
Ahmad Anak Datuk Bendahara Putih: Nenek Moyang Keturunan Rao Persemendaan di
Raub Abad ke-17” (Kertas Kerja) Seminar Memperkasakan Tokoh Rao anjuran UPSI,
Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian
Pahang di Sekolah Menengah Gali, Raub, Pahang pada 25 November 2012.
Tamar Jalis 1984. Buku 1: Siri
Bercakap Dengan Jin 1984. Kuala Lumpur: Variapop Grop
Zabidin Haji Ismail 2012. Biografi Tokoh Rao: Sumbangan dan Jasa
Terhadap Pembangunan Negara. Ipoh: Persatuan Karyawan Perak
Zaffuan Haji
Manaf 2007. Bingkisan Sejarah Raub: Rao
dan Pagarruyung dengan Raub dan Pahang. Kuala Lumpur: Anjung Media
Resources
__________
23 November 2012
Putrajaya
Kertas ini dibentangkan di Seminar
Memperkasakan Tokoh-tokoh Rao Pahang anjuran Universiti Pendidikan Sultan
Idris, Tanjong Malim, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur, Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian Pahang serta kerjasama Biro Pendidikan dan Sejarah
Persatuan Jalinan Rao Malaysia (JARO) di Sekolah Menengah Kebangsaan Gali,
Raub, Pahang pada 25 November 2012
Parlindungan Mangaraja Onggang 1965. Sipingki
Nangol-Ngolan Sinambela. Gelar Tuanku Rao. Tanjung Harapan
Rao merupakan daerah pertambangan emas yang paling penting di Sumatera
sesudah Alahan Panjang. Perdagangan emas di Rao sudah diketahui oleh
pedagang-pedagang India sejak awal abad ke-2 Masihi. Sebab itu mereka telah
mendirikan permukiman, baik di lembah mahu pun di bahagian atas sungai Kampar,
kemudian berkembang menjadi pangkalan yang dikhaskan untuk perdagangan emas
dari Rao.
Ketika
itu Rao adalah pengeksport emas. Misalnya pada tahun 1826 Singapore Choronicle menetapkan nilai emas Rao antara 13.000 dan
14.000 dollar Sepanyol per tahun. Di samping mengeksport, pedagang-pedagang Rao
juga berdagang di pantai barat dengan membawa emasnya ke Natal, Air Bangis,
Pasaman, bahkan hingga ke Padang.
Pada tahun 1830-an Lembah Rao mempunyai penduduk sekitar 25.000 orang.
Kawasannya terbahagi kira-kira dua puluh desa besar dengan di kelilingi sawah
padi yang luas. Kopi juga ditanam di situ.
Mitos ini telah diceritakan Allahyarham Hj Sutan Seri Pado bin Yaman, 80
tahun pada 8.11.1992 jam 12.15 tengah hari di rumah beliau di Kampong Pasir,
Batu Masjid, Temoh, Perak. Beliau berasal dari Langgung, Rao, Sumatera Barat.Mitos ini telah
diceritakan Allahyarham Hj Pado bin Yaman, 80 tahun pada 8.11.1992 jam 12.15
tengah hari di rumah beliau di Kampong Pasir, Batu Masjid. Beliau berasal dari
Langgung, Rao, Sumetera Barat.
Mitos ini telah diceritakan
Allahyarham Hj Pado bin Yaman, 80 tahun pada 8.11.1992 jam 12.15 tengah hari di
rumah beliau di Kampong Pasir, Batu Masjid. Beliau berasal dari Langgung, Rao,
Sumetera Barat.
Mitos ini telah diceritakan Allahyarham Hj
Pado bin Yaman, 80 tahun pada 8.11.1992 jam 12.15 tengah hari di rumah beliau
di Kampong Pasir, Batu Masjid. Beliau berasal dari Langgung, Rao, Sumetera
Barat. Subari Ahmad Jaafar ar-Rawi 2012. “Raja
Ahmad Anak Datuk Bendahara Putih: Nenek Moyang Keturunan Rao Persemendaan di
Raub Abad ke-17” (Kertas Kerja) Seminar Memperkasakan Tokoh Rao anjuran UPSI,
Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian
Pahang di Sekolah Menengah Gali, Raub, Pahang pada 25 November 2012. Subari Ahmad Jaafar ar-Rawi 2012. “Raja
Ahmad Anak Datuk Bendahara Putih: Nenek Moyang Keturunan Rao Persemendaan di
Raub Abad ke-17” (Kertas Kerja) Seminar Memperkasakan Tokoh Rao anjuran UPSI,
Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Pahang
di Sekolah Menengah Gali, Raub, Pahang pada 25 November 2012. Subari Ahmad Jaafar ar-Rawi 2012. “Raja
Ahmad Anak Datuk Bendahara Putih: Nenek Moyang Keturunan Rao Persemendaan di
Raub Abad ke-17” (Kertas Kerja) Seminar Memperkasakan Tokoh Rao anjuran UPSI,
Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian
Pahang di Sekolah Menengah Gali, Raub, Pahang pada 25 November 2012.
Mitos ini telah diceritakan Allahyarham Hj
Pado bin Yaman, 80 tahun pada 8.11.1992 jam 12.15 tengah hari di rumah beliau
di Kampong Pasir, Batu Masjid. Beliau berasal dari Langgung, Rao, Sumetera Bara
Mitos ini telah diceritakan Allahyarham Hj
Pado bin Yaman, 80 tahun pada 8.11.1992 jam 12.15 tengah hari di rumah beliau
di Kampong Pasir, Batu Masjid. Beliau berasal dari Langgung, Rao, Sumetera Bar
Mitos ini telah diceritakan Allahyarham Hj
Pado bin Yaman, 80 tahun pada 8.11.1992 jam 12.15 tengah hari di rumah beliau
di Kampong Pasir, Batu Masjid. Beliau berasal dari Langgung, Rao, Sumetera
Barat.
Mitos ini telah diceritakan Allahyarham Hj
Pado bin Yaman, 80 tahun pada 8.11.1992 jam 12.15 tengah hari di rumah beliau
di Kampong Pasir, Batu Masjid. Beliau berasal dari Langgung, Rao, Sumetera B
Mitos ini telah diceritakan Allahyarham Hj
Pado bin Yaman, 80 tahun pada 8.11.1992 jam 12.15 tengah hari di rumah beliau
di Kampong Pasir, Batu Masjid. Beliau berasal dari Langgung, Rao, Sumeter
Mitos ini telah diceritakan Allahyarham Hj
Pado bin Yaman, 80 tahun pada 8.11.1992 jam 12.15 tengah hari di rumah beliau
di Kampong Pasir, Batu Masjid. Beliau berasal dari Langgung, Rao, Sum
Mitos ini telah diceritakan Allahyarham Hj
Pado bin Yaman, 80 tahun pada 8.11.1992 jam 12.15 tengah hari di rumah beliau
di Kampong Pasir, Batu Masjid. Beliau berasal dari Langgung, Rao, Sumetera
Mitos ini telah diceritakan Allahyarham Hj
Pado bin Yaman, 80 tahun pada 8.11.1992 jam 12.15 tengah hari di rumah beliau
di Kampong Pasir, Batu Masjid. Beliau berasal dari Langgung, Rao, S
Mitos ini telah diceritakan
Allahyarham Hj Pado bin Yaman, 80 tahun pada 8.11.1992 jam 12.15 tengah hari di
rumah beliau di Kampong Pasir, Batu Masjid. Beliau berasal dari Langgung
Mitos ini telah diceritakan
Allahyarham Hj Pado bin Yaman, 80 tahun pada 8.11.1992 jam 12.15 tengah hari di
rumah beliau di Kampong Pasir, Subari Ahmad Jaafar ar-Rawi 2012. “Raja Ahmad Anak Datuk Bendahara Putih:
Nenek Moyang Keturunan Rao Persemendaan di Raub Abad ke-17” (Kertas Kerja)
Seminar Memperkasakan Tokoh Rao anjuran UPSI, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah
Timur dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Pahang di Sekolah Menengah Gali,
Raub, Pahang pada 25 November 2012.
Siri Bercakap dengan Jin
(SBDJ) karya Tamar Jalis adalah siri cerita kreatif Melayu yang terbanyak dan
paling lama bersiaran dalam sebuah majalah tempatan. Sebanyak 284 siri
disiarkan dalam majalah Variasari
terbitan Variapop Group, Kuala Lumpur berterusan selama 23 tahun enam bulan
mulai bulan April 1981 hingga Januari 2005. Ini adalah rekod Malaysia bahkan
merupakan satu rekod dalam arena persuratan dunia.
Tok Gajah dikenali sebagai Imam Perang
Pahang dan nama sebenarnya, Imam Rasu bin Shahrum iaitu ayah kepada Mat Kilau.
Lihat J.M Gullick 1958. Indigenour
Political System of Western Malaya hlm. 79 ada mencatatkan bahawa ayah Tok
Gajah itu orang Melayu Rao dari Sumatera. Lihat juga keterangan gambar Tok
Gajah dan orang besar Pahang lain yang tersiar dalam surat khabar Utusan Melayu
bertarikh 10 Januari 1970 yang menyebut bahawa ayah Tok Gajah itu bernama
Shahrum.
Seperti yang diceritakan oleh Puan Azizah
Abdul Karim (Ahli JARO) yang berasal dari Tapah, Perak kini menetap di Shah Alam
kepada penulis pada 19 November 2012. Arwah Monik adalah moyang beliau.